Reka bentuk baharu jalan Bukit Kayu Hitam ke Sadao siap November

August 28, 2022 · Isu semasa

Reka bentuk awal jajaran jalan menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Sadao di Thailand dijangka siap pada November ini.

Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang melaksanakan kerja-kerja awalan di tapak yang merangkami kerja ukur, kerja penyiasatan tapak dan kajian trafik.

“Mesyuarat Kumpulan Kerja Pakar Malaysia-Thailand yang seterusnya dijangka diadakan pada Disember bagi pengesahan reka bentuk pada titik sempadan kedua-dua buah negara,” katanya kepada Bernama.

Usaha mempercepatkan rundingan jajaran jalan ICQS Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao dipersetujui Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya di Thailand, Prayuth Chan o-cha pada Februari lepas.

Pembangunan infrastruktur di sempadan Malaysia-Thailand dilihat dapat merancakkan perdagangan memandangkan hampir 50 peratus perdagangan dua hala Malaysia-Thailand tertumpu di kawasan sempadan.

Malaysia dan Thailand menyasar perdagangan dua hala sebanyak AS$ 30 bilion (RM132 billion) menjelang 2025.

Bagi Jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok yang diluluskan dalam Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), Fadillah berkata Pengurusan Nilai (VA) bagi projek itu telah dilaksanakan dari 18 hingga 22 Julai di Kota Bharu, Kelantan.

“Mesyuarat Tenikal Bersama Malaysia-Thailand bagi projek ini telah diadakan sebanyak dua kali iaitu pada 13 Disember tahun lepas dan 26 Mei tahun ini secara atas talian untuk berbincang mengenai reka bentuk jambatan yang disediakan oleh Malaysia.

“Setelah dua kali bermesyuarat, pihak Thailand memaklumkan mereka bersetuju dengan rekabentuk konsep jambatan yang disediakan oleh Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Fadillah berkata cadangan pembinaan Jambatan Pengkalan Kubor ke Tak Bai akan dikemukakan kepada kabinet bagi mendapatkan halatuju memandangkan pihak Thailand telah mengemukakan reka bentuk bagi projek itu kepada Malaysia pada tahun 2016.

“Projek ini memerlukan perbincangan lanjut dengan agensi pusat, kementerian dan agensi berkaitan seperti Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Fadillah pelawa PN sertai kerajaan campuran, bagaimana pula dengan UMNO dan DAP?
June 18, 2023· Politik
Saya tak dengar ada rombakan Kabinet, kata TPM
May 30, 2023· Politik
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
2 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
2 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
21 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
22 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok