RCEP bermula, tapi Malaysia belum ratifikasikannya

January 1, 2022 · Isu semasa

Perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia – Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) – mengurangkan tarif untuk 92 peratus barangan yang didagangkan dalam kalangan 15 negara anggota, bermula hari ini.

Namun, Malaysia, Indonesia, Filipina, dan Myanmar belum meratifikasinya. Bagi Korea Selatan, RCEP akan berkuat kuasa pada 1 Februari – 60 hari selepas surat cara ratifikasinya, dokumen yang mana sebuah negara secara rasmi bersetuju untuk terikat dengan perjanjian, disahkan.

Setakat ini, 10 negara telah meratifikasinya iaitu Australia, Brunei, Kemboja, China, Jepun, Laos, New Zealand, Singapura, Thailand dan Vietnam. Penyertaan Myanmar bagaimanapun bergantung kepada kelulusan negara anggota yang lain.

RCEP juga merupakan kali pertama China dan Jepun, serta Jepun dan Korea Selatan, berada dalam satu perjanjian perdagangan bebas.

Bagi Malaysia, proses domestik untuk melengkapkan ratifikasi RCEP memerlukan pindaan ke atas tiga akta bagi memastikan akta tersebut sejajar dengan obligasi negara di bawah perjanjian berkenaan.

Difahamkan, draf pindaan akta tersebut sedang diperhalusi oleh Jabatan Peguam Negara dan setelah pindaan tersebut diluluskan surat cara ratifikasi akan diserah kepada Sekretariat ASEAN, sekali gus akan menguatkuasakan RCEP ke atas Malaysia.

RCEP membina perjanjian dua hala sedia ada yang dimiliki ASEAN dengan rakan perdagangan bebasnya. Ia meliputi kira-kira 30 peratus atau AS$26 trilion daripada keluaran dalam negara kasar global, dan 30 peratus daripada penduduk dunia.

Sebagai contoh, perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia akan menghapuskan tarif ke atas 86 peratus eksport Jepun ke China, meningkat daripada lapan peratus barangan yang kini bebas tarif, menurut firma perkhidmatan profesional Deloitte.

Eksport bebas tarif Jepun ke Korea Selatan juga akan meningkat daripada 19 peratus kepada 92 peratus.

Perjanjian itu merangkumi 20 bab, termasuk bidang seperti harta intelek, dasar persaingan, e-dagang dan perolehan kerajaan.

Berita berkaitan
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Anwar kata lawatan ke UAE berjaya, sangat bangga
October 7, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tips keselamatan makanan semasa banjir
March 2, 2022
 ‘Hilang’ daripada laman web, CEO Yayasan Peneraju dipecat?
May 2, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok