Puasa batal, masjid Gombak azan awal 3 minit

April 21, 2021 · Isu semasa

Pengurusan Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak, Selangor memohon maaf atas kesilapan melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar pada Isnin lalu.

Nazir masjid berkenaan, Wan Nawawi dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, kesilapan itu berlaku berpunca dari masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.

Katanya, ibadah puasa bagi jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari masjid berkenaan adalah terbatal pada hari tersebut.

“Puasa pada hari itu wajib diqada. Jemaah boleh ikuti syarah hukum melalui Bayan Linnas Siri ke-97 Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 18 Jun 2017.

“Sekali lagi kami mohon maaf dan Insya-Allah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam Bayan Linnas Siri Ke-97 itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri yang ketika itu Mufti Wilayah Persekutuan menjelakan hukum seseorang yang berbuka puasa lima minit sebelum azan disebabkan DJ radio tersalah mengumandangkan azan Maghrib lebih awal.

Zulkifli berkata, setelah menilai dan meneliti dua pendapat berkiatan berbuka puasa, beliau lebih cenderung kepada batalnya puasa dan wajib bagi mereka yang tersalah berbuka awal sedangkan matahari belum tenggelam, hendaklah diqadha.

Berita berkaitan
Tiada tindakan diambil terhadap Fahmi berkempen di masjid: MAIS
August 29, 2023· Politik
Saksi beritahu Zahid cari sumber kewangan lain bina masjid selepas akaun disita
August 22, 2023· Isu semasa
Polis kata Fahmi tak buat salah, JAIS masih siasat
August 3, 2023· Isu semasa
Tiada unsur kempen dalam masjid, Fahmi beri penerangan isu The 1975: Polis
August 2, 2023· Politik
Popular
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok