Prestasi ringgit terburuk bawah pentadbiran PH-BN: Laporan

March 10, 2023 · Isu semasa

Ringgit menjadi mata wang berprestasi terburuk dalam kalangan 10 mata wang utama Asia, apabila merosot 4.85 peratus sepanjang Februari lalu, ketika negara ditadbir kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN).

Kejatuhan ringgit diikuti yen Jepun yang susut 3.45 peratus; baht Thailand (-3.13 peratus); rupiah Indonesia (-2.65 peratus); yuan China (-1.90 peratus); dan dolar Singapura (-1.53 peratus).

Penganalisis pasaran kewangan OctaFX, Kar Yong Ang, berkata kemerosotan mata wang tempatan itu adalah disebabkan langkah Rizab Persekutuan (Fed) mengetatkan dasar monetari pada Mac tahun lalu bagi mengekang inflasi, menyebabkan mata wang berisiko sensitif seperti ringgit mula merosot.

Malah, katanya, prestasi kurang memberangsangkan ringgit berbanding mata wang Asia lain terutamanya boleh dikaitkan kepada fakta di mana Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjadi agak berhati-hati dalam pendekatannya terhadap dasar monetari semasa kitaran pengetatan.

“Bagaimanapun, ringgit hanya kerugian 6.5 peratus sepanjang 12 bulan lalu, mengatasi prestasi mata wang global utama lain seperti yen Jepun dan dolar Australia, yang masing-masing telah menurun nilainya sebanyak 15 peratus dan 7.7 peratus,” katanya lapor BH.

Sepanjang tahun lalu, ringgit menjadi antara mata wang berdaya tahan dalam kalangan 10 mata wang Asia yang dijejaki OctaFX.

BNM telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hanya sebanyak 100 mata asas sejak Mei dan penanda aras kadar faedah Malaysia berada pada 2.75 peratus ketika ini, paras yang kekal terendah di rantau ini.

Kenaikan terakhir berlaku pada November tahun lalu, dan pengetatan dasar monetari Malaysia pada dasarnya telah berhenti sejak itu.

Dengan itu, perbezaan dasar monetari antara AS dan Malaysia telah melebar, menyaksikan ringgit berada di bawah tekanan, kata OctaFX.

“Sementara itu, ringgit juga telah didagang kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang Asia lain. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3255/3269 daripada 3.3210/3252 pada Khamis, telah jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.8998/9105 daripada 12.8583/8789 sebelumnya, dan menyusut nilai berhadapan peso Filipina kepada 8.16/8.17 daripada 8.13/8.14.

“Sebab utama kemerosotan umum dalam mata wang Asia pada asasnya adalah sama iaitu pelabur telah bertukar kurang cenderung terhadap aset berisiko, seperti hutang pasaran baharu muncul, selepas Fed menyatakan ia akan terus menaikkan kadar faedah lebih lama.

“Kenaikan hasil perbendaharaan AS disebabkan pendirian agresif Fed terhadap dasar monetari aset yang lebih berisiko kurang menarik,” katanya.

BNM, menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) semalam membuat keputusan untuk mengekalkan OPR pada 2.75 peratus.

Pada tahap OPR semasa, bank pusat itu berkata, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

Untuk rekod, kerajaan PH-BN yang diketuai PKR disertai DAP, AMANAH, UPKO, UMNO, MCA, MIC, Gabungan Parti Sarawak (GPS); Gabungan Rakyat Sabah (GRS); serta beberapa parti kecil lain dan Bebas.

Berita berkaitan
Perlu pertahankan kerajaan campuran dengan UMNO, kata DAP
March 19, 2023· Politik
Polis nafi wujud rancangan himpunan besar-besaran untuk tumbangkan kerajaan
March 19, 2023· Isu semasa
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Ringgit menyusut pada sesi pagi, kena tempias kejatuhan Credit Suisse
March 16, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri pelakon bawa watak Anwar mohon cerai: Laporan
March 20, 2023
Selama tiga minggu berturut-turut pelabur asing lari dari Malaysia
March 20, 2023
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
March 20, 2023
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
March 20, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
7 jam lalu · Isu semasa
Kos haji bagi B40 kekal RM10,980 dengan RM400 juta peruntukan bantuan
10 jam lalu · Isu semasa
Jangan kata kita nak bunuh TnG, kata Loke
10 jam lalu · Isu semasa
Che’gu Bard dakwa Anwar, DAP lindungi kesalahan menteri KBS
11 jam lalu · Isu semasa
Kempen antirasuah Anwar hanya mahu singkir pembangkang: Tun M
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok