Polis KL rujuk kertas siasatan penipuan pakej haji kepada AGC

July 20, 2022 · Isu semasa

Polis Kuala Lumpur dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung penipuan visa haji furada oleh dua ejen pelancongan yang beroperasi di Danau Kota, Setapak di sini, membabitkan kerugian lebih RM2 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata sebanyak 47 laporan polis diterima berhubung kes berkenaan dan susulan itu dua lelaki serta tiga wanita warga tempatan berusia 28 hingga 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Setelah tempoh reman tamat pada 16 Julai lepas, kesemua individu terbabit diserahkan kepada Polis Kontinjen Johor untuk siasatan berkaitan modus operandi yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat untuk mendapatkan keputusan tindakan lanjut.

Semalam, Setiausaha Polis Malaysia Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima 121 laporan berhubung kes penipuan pakej menunaikan ibadah haji dan umrah menggunakan visa furada yang melibatkan kerugian lebih RM5.1 juta di seluruh negara.

Pada 7 Julai lepas, kira-kira 380 bakal jemaah haji dilaporkan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat pelancongan swasta.

Mereka dipercayai menggunakan visa furada, iaitu visa yang diuruskan sendiri tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh Lembaga Tabung Haji (TH). – Bernama

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Sultan Kedah bangga, puas hati pentadbiran Muhammad Sanusi
March 12, 2023
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024
Kod berpakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan diteliti: Ramkarpal
July 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok