PH punca projek naik taraf bekalan air di Kedah tertangguh, kata MB

April 19, 2023 · Isu semasa

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan langkah yang diambil Pakatan Harapan (PH) ketika mentadbir negeri itu pada 2018 terhadap isu bekalan air menyebabkan projek naik taraf tertangguh selama 20 bulan.

Beliau berkata, usaha menaik taraf infrastruktur air dirancang sejak 2010 termasuk dengan penubuhan Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) dan audit kedudukan semasa serta unjuran keperluan masa depan bekalan itu.

Katanya, sejak 2013 lagi kerajaan sudah mengenal pasti dan memuktamadkan langkah yang wajib iaitu mengatasi air tidak berhasil (NRW), penggantian paip utama dan keperluan loji rawatan air (LRA) baharu.

“Selepas melalui proses rundingan harga dan aspek teknikal, Kerajaan Pusat setuju memberi geran dan pinjaman untuk lima LRA baharu berjumlah RM931 juta. Iklan tender pembinaan pun dikeluarkan.

“Kebetulan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berlaku dan PH dapat kuasa. Atas dasar sangsi dan kurang percaya kepada keputusan kerajaan sebelum PRU14, iklan tender ditarik balik,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, hampir satu juta daripada kira-kira 2.2 juta penduduk Kedah, dijangka mengalami krisis bekalan air bersih yang disalurkan SADA menjelang sambutan Aidilfitri hujung minggu ini.

Paling teruk terjejas adalah Daerah Kuala Muda, terutama kawasan sekitar Tanjung Dawai, Bedong, Merbok dan Sungai Petani, selain daerah Kota Setar di kawasan sekitar Kuala Kedah, yang selama ini sering mengalami gangguan bekalan.

Gangguan bekalan juga diramal berlaku di beberapa kawasan di hujung sistem bekalan di daerah lain seperti Pendang, Kulim, Yan, Baling dan Sik menyebabkan penduduk terpaksa mula mengumpul bekalan air mulai awal minggu ini.

Menjelas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, selepas PH memerintah negeri Kedah, sebuah konsultan baharu dilantik untuk mengkaji langkah mengatasi masalah air dan kos yang sewajarnya.

“Selepas lebih kurang 20 bulan menjalankan kajian, konsultan yang PH lantik mengemukakan dapatan mereka. Sama seperti keputusan sebelum PH (mentadbir). (Keperluan) lima LRA baharu dengan kos yang sama iaitu RM931 juta.

“Iklan tender pun dikeluarkan semula, sama dengan (tender) lama. Akibatnya projek tertangguh 20 bulan dan kos tambahan kena bayar yuran konsultan sehingga ratusan ribu ringgit.

“Inilah jasa PH selain tinggalkan SADA beroperasi dalam kerugian RM36 juta pada 2019 dan hutang sebanyak RM174 juta. La ni mai dok buat cakap pandai lagi,” katanya. – WartaRakyat

Berita berkaitan
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Isu tukar agama bawah kuasa Mahkamah Syariah, bukan sivil
July 12, 2022
Semua pihak perlu peka isu buli
November 6, 2021
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok