Persatuan lapor polis video muzik Cak Kun Cak Raya Aliff Syukri

April 4, 2023 · Isu semasa

Persatuan Konsortium Industri Rakaman Malaysia (IRAMA) membuat laporan polis berhubung isu video muzik lagu Cak Kun Cak Raya dendangan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang disifatkan keterlaluan.

Pada masa sama, persatuan itu juga menggesa kerajaan meminda semula Akta 294 (a) dan (b) kerana disifatkan terlalu longgar sehingga tidak memberi kesan kepada pencipta kandungan.

Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid berkata, video muzik itu melanggar budaya dan tatasusila masyarakat Malaysia serta menghina kemuliaan bulan Ramadan.

“Pegawai polis bertugas mencadangkan saya membawa kes ini kepada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kerana akta yang ada terlalu longgar.

“Jadi, kami berharap KKD dapat membincangkan isu ini di parlimen, seterusnya denda tinggi dikenakan termasuk hukuman penjara bukan sahaja kepada Aliff tetapi kepada semua pencipta kandungan.

“Jika hukuman berat tidak dikenakan, lebih banyak video tidak sensitif dihasilkan. Disebabkan itulah, hari ini kebanyakan penyanyi dan pencipta kandungan tidak takut dengan denda,” katanya lapor BH.

Mengulas lanjut, Ayob berkata, beliau pada awalnya enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memberikan promosi percuma kepada usahawan itu.

Namun katanya, disebabkan video muzik itu menggusarkan orang ramai sehingga timbul perbalahan dalam kumpulan WhatsApp dan media sosial, maka tindakan terpaksa diambil.

“Dari mula lagi banyak pihak meminta IRAMA membuat laporan polis, tetapi saya enggan memberikan promosi percuma.

“Namun selepas didesak penggiat industri, saya akhirnya akur. Namun, objektif saya supaya menteri dapat menggubal akta berkenaan.

“Saya tidak mahu objektif pada hari ini sia-sia, sama seperti tahun lalu. Tujuan saya datang hari ini kerana mahu video muzik seperti itu disekat dengan hukuman tinggi termasuk penjara dikenakan.

“Kami bukan menyentuh peribadi Aliff atau lagu ini kerana ia sebuah karya bagus, tetapi video muzik memang tidak bersesuaian untuk tontonan terutama generasi muda,” katanya.

Gelagat Aliff bersama lima penari yang berpakaian baju Melayu ala baju renang yang ketat serta menari terkinja-kinja dilihat tidak sopan untuk dipertontonkan kepada umum, selain merosakkan nilai dan tradisi baju Melayu.

Bagaimanapun, usahawan kontroversi itu tidak melihat video muzik itu sebagai satu kesalahan kerana mendakwa tidak berbogel dan melakukan aksi ghairah.

Aliff berpendapat video muzik itu tidak sepatutnya dijadikan isu besar.

Tahun lalu, Aliff turut menimbulkan isu sama apabila video muzik lagu Kelepok Raya nyanyiannya turut mengundang kontroversi sehingga mendapat kecaman ramai.

Video muzik terbabit menampilkan sekumpulan penari lelaki berperwatakan lembut, selain wajah turut disolek.

Disebabkan itu, Aliff dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan berhubung video muzik mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Bagaimanapun, tiada pendakwaan dilakukan.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Semua pihak perlu peka isu buli
December 15, 2021
Jangan sertai himpunan di Bukit Jelutong pada Sabtu ini, kata polis
November 15, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
13 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok