Penyanyi Jason Lo bebas tuduhan dadah

June 24, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini melepas dan membebaskan penyanyi Jason Lo daripada pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam badannya, tiga tahun lepas.

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif membebaskan Jason Lo atau nama sebenar, Jason Jonathan Lo, 47, yang juga ahli perniagaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan, lapor Bernama.

“Hari ini ditetapkan keputusan di akhir kes pendakwaan dan kamu (Jason Lo) dipertuduhkan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mahkamah telah meneliti saksi-saksi pendakwaan serta eksibit yang telah dikemukakan berdasarkan satu penelitian maksimum serta hujahan kedua-dua pihak.

“Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh. Oleh itu tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri dan wang jaminan (RM2,500) kamu dilepaskan. Alasan penghakiman akan disediakan pada atau sebelum 30 Jun ini,” kata Mohamad Fared.

Selepas prosiding itu selesai, Jason Lo, bersut hitam dilihat memeluk seorang rakannya yang berada di galeri awam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Diana Mohamad Saad manakala Jason Lo diwakili peguam Datuk Hariharan Tara Singh.

Pada 13 Mei, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil tujuh saksi untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan bermula pada 6 April 2021 dan antara saksi yang dipanggil ialah pegawai kimia, pegawai penyiasat dan pegawai yang menjalankan saringan ujian air kencing.

Mengikut pertuduhan, Jason Lo didakwa memasukkan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ke dalam badannya tanpa kebenaran yang sah di sisi undang-undang, di tandas pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di Jalan Travers , Brickfields pada 5.15 petang, 15 Nov 2019.

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah seliaan pegawai pemulihan sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Jason Lo ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata dia bersyukur dengan keputusan hari ini dan berterima kasih kepada barisan peguamnya di atas kerja keras mereka.

Berita berkaitan
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023· Isu semasa
1MDB dapat kebenaran teruskan saman terhadap rakan sekutu Jho Low
June 7, 2023· Politik
PMX diminta bawa bincang isu kalimah Allah ke MKI terlebih dahulu, titah Sultan Selangor
June 7, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
23 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
23 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok