Penganggur menyamar pegawai khas dipenjara lapan bulan

April 6, 2021 · Isu semasa

Akibat memperdayakan seorang wanita dengan menyamar sebagai pegawai khas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia untuk meminta wang bagi membantu sebuah syarikat produksi mendapatkan geran filem, seorang penganggur hari ini dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zafir Zainuddin, 38, yang mengaku bersalah memperdayakan Noorul Syakillah Ramli dengan mengatakan dia (tertuduh) adalah Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan berjanji untuk mendapatkan peruntukan geran filem ‘Rampas’ daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Perbuatan itu mendorong wanita berkenaan menyerahkan wang tunai RM5,000 kepada tertuduh di sebuah restoran di Presint 9, Putrajaya pada 5.15 petang, 1 April lepas, mengikut Seksyen 416 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 419 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya.

Memetik laporan Bernama hari ini, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 1 April lepas.

Berdasarkan fakta kes, Noorul Syakillah yang merupakan pengadu dalam kes ini adalah pemilik sebuah syarikat produksi penerbitan drama dan filem Cinema Stage Production Sdn Bhd yang memohon geran dana filem Rampas bernilai RM1.8 juta daripada Finas.

Noorul Syakillah berhubung dengan Mohd Zafir pada 26 Mac lepas melalui aplikasi WhatsApp bagi mendapatkan sokongan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam mendapatkan geran yang dipohon selepas lelaki itu memperkenalkan diri sebagai pegawai khas kepada timbalan menteri berkenaan.

Pada 31 Mac lepas, Mohd Zafir meminta wang sebanyak lima peratus daripada jumlah geran RM1.8 juta dan Noorul Syakillah bersetuju membayar dua peratus daripada jumlah geran itu serta perlu membayar RM5,000 kerana Mohd Zafir mendakwa dia telah mendapatkan tandatangan sokongan timbalan menteri dan meyakinkan bahawa syarikat tersebut akan mendapat geran.

Noorul Syakillah kemudiannya membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 1 April dan tertuduh ditangkap pada hari sama.

Siasatan SPRM mendapati tertuduh bukan pegawai khas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berdasarkan semakan dengan kementerian itu serta permohonan geran oleh Cinema Stage Sdn Bhd telah ditolak oleh Finas sejak 23 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan Pengawai Pendakwa SPRM Azeem Hafeez Jamaluddin manakala Mohd Zafir tidak diwakili peguam.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
6 jam lalu· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Bekas ketua hakim negara cemas di kandang saksi, lapor Bernama
April 12, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok