Pengampunan Najib: Bukankah DAP juga duduk satu kerajaan dengan UMNO?

April 11, 2023 · Isu semasa

DAP mendakwa keputusan permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini dibuat UMNO tidak dibincangkan dalam Kabinet kerajaan campuran.

Namun, adakah Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke terlupa bahawa mereka juga sebenarnya duduk dalam satu Kabinet kerajaan campuran bersama UMNO dengan mengatakan keputusan tersebut tidak melibatkan pendirian kerajaan?

Bagaimana boleh duduk bersama dalam satu kerajaan tetapi mengatakan keputusan permohonan untuk mengampunkan Najib dibuat secara berasingan kerana realitinya UMNO dan DAP (UMDAP) merupakan parti yang membentuk kerajaan bersama.

Sekiranya keputusan UMNO dibuat untuk mengampunkan Najib, semua parti yang berada dalam Kabinet yang membentuk kerajaan perlu memikul tanggungjawab yang sama.

Terbaharu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk menggugurkan semua pertuduhan kes rasuah yang dihadapinya dalam Yayasan Akalbudi, adakah perkara ini juga tidak dibincangkan dalam Kabinet?

Walaupun Loke cuba menjauhkan DAP daripada terlibat sama dalam keputusan yang dibuat UMNO, namun ia adalah fakta jelas bahawa UMDAP adalah parti yang membentuk kerajaan bersama, sudah pastinya setiap keputusan melibatkan pemimpin parti komponen juga dibuat secara bersama.

Jika benar keputusan UMNO tidak dibincang dalam Kabinet, adakah DAP berani mempersoalkan setiap langkah diambil UMNO dalam mesyuarat Kabinet selepas ini?

Tidak ada gunanya jika DAP sekadar mendakwa keputusan untuk mengampunkan Najib dibuat tanpa dibincangkan dalam Kabinet kerana langkah itu hanya dilihat cuba mengalihkan pandangan rakyat kononnnya DAP tidak terlibat dalam keputusan tersebut.

Malah, pengundi tegar DAP khususnya masyarakat kaum Cina pasti akan mempersoalkan adakah parti yang mereka sokong tersebut sekarang sudah menjadi manja dengan UMNO sehingga tidak berani mempersoalkan setiap keputusan dibuat parti itu.

Melihat kepada senario politik semasa, pengundi kaum Cina akan membuat tanggapan DAP yang diharapkan dapat semak dan imbang dalam kerajaan kini serupa dengan UMNO yang sanggup menggadaikan prinsip demi semata-mata mahu berkuasa.

Dalam pada itu, seorang Ahli Parlimen PKR, Hassan Karim sudah memberi nasihat secara terbuka supaya kerajaan campuran sekarang tidak membuat keputusan yang kelak akan mengakibatkan rakyat semakin membenci mereka.

Dalam komentarnya, Hassan berkata: “Gabungan politik PH dan PKR akan ditolak rakyat dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Berikutan itu, PH dan PKR akan ditolak oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Akhirnya PH dan PKR akan tumbang bersama-sama BN serta UMNO jika Najib dan Zahid dibebaskan dengan mudah.

“Jika itu berlaku, jangan katakan saya tidak ingatkan anda,” kata Hassan dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan tersebut dilihat sebagai amaran jelas kepada kerajaan campuran supaya tidak terlalu berlembut dengan UMNO sehingga merelakan semua keputusan parti itu tanpa ada halangan.

Persoalannya, adakah DAP berani bangkit bertanya dalam mesyuarat Kabinet selepas ini berhubung setiap keputusan yang dibuat parti rakan mereka itu?

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Popular
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Saman ibu model warga Belanda dibunuh akan dibicarakan
December 7, 2022
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
June 6, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok