Peguam sahkan ADUN DAP ditahan selepas positif dadah

January 14, 2022 · Isu semasa

Seorang peguam mengesahkan wakil rakyat yang ditahan polis kerana positif dadah semalam adalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Terence Naidu.

Peguamnya RSN Rayer dipetik dalam laporan Malaysiakini berkata ADUN Pasir Bedamar itu ditahan semalam dan mewakili anak guamnya semasa dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman.

Bagaimanapun, Rayer memberitahu bertindak membantah permohonan pihak polis dan anak guamnya sudah dibebaskan.

“Ya dia (Terence) ditahan.

“Saya hadir prosiding reman hari ini. Mereka (polis) meminta empat hari dan saya membantah reman itu. Mahkamah memerintahkan (untuk) dia dibebaskan,” katanya.

Naidu, 54, menyandang jawatan ADUN selama dua penggal.

Bernama sebelum ini melaporkan seorang ADUN Perak itu ditahan dalam serbuan polis di sebuah kelab malam di Perai, Bukit Mertajam malam tadi.

Pemimpin DAP itu kemudiannya ditahan selepas didapati positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen itu menetapkan bahawa mana-mana orang yang mengambil atau memberikan kepada dirinya sendiri apa-apa dadah berbahaya adalah bersalah. Mereka yang sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Jabatan Siasatan Narkotik Polis Pulau Pinang Mustafa Kamal Gani Abdullah mengesahkan 47 yang lain turut ditahan dalam serbuan jam 9 malam itu.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Terdapat syarikat tandatangan MoU di China tiada rekod prestasi: Johari
May 22, 2023
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok