Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini

September 28, 2022 · Isu semasa

Ringgit terus menyusut berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini susulan kenyataan terbaharu pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell berhubung langkah untuk mengawal inflasi di negara tersebut.

Inflasi AS kini meningkat pada kadar paling pantas dalam tempoh lebih 40 tahun, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.6140/6155 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.6100/6120.

Pedagang ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz menjelaskan salah satu cara paling berkesan untuk memerangi inflasi yang tinggi ialah menaikkan kadar faedah, yang boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi.

“Dengan kadar faedah yang lebih tinggi, isi rumah dijangka berbelanja lebih sedikit, sekali gus mengurangkan pertumbuhan ekonomi,” katanya dalam nota hari ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat lebih jauh berbanding euro kepada 4.4165/4180 daripada 4.4321/4340 pada penutup semalam, dan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1876/1890 daripada 3.1925/1941 sebelumnya.

Mata wang tempatan itu juga meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2031/2045 daripada 3.2099/2117 pada Selasa dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 4.9328/9344 daripada 4.9770/9791.

Berita berkaitan
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh lagi, sudah cecah RM4.70
September 27, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit cecah RM4.70 berbanding dolar, susut lagi
September 27, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka menghampiri RM4.70 berbanding dolar
September 22, 2023· Isu semasa
Popular
Banjir: Mangsa di Kedah dan Perlis meningkat tapi kerajaan pusat seakan tak endah
September 29, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
September 30, 2023
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh: Lelaki tikam isteri sehingga mati serah diri kepada polis
3 jam lalu · Isu semasa
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
3 jam lalu · Isu semasa
Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun
23 jam lalu · Isu semasa
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
23 jam lalu · Isu semasa
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok