Negeri Sembilan belum cadang kecualikan bil air mangsa banjir

January 5, 2022 · Isu semasa

Kerajaan Negeri Sembilan belum bercadang mengecualikan bayaran bil air bagi pengguna yang terjejas akibat banjir di negeri itubaru-baru ini sebagai mana dilakukan Air Selangor.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) perlu membuat perkiraan terlebih dahulu susulan kerosakan yang turut dialami loji rawatannya.

Beliau berharap pengguna dapat memahami beban ditanggung SAINS yang kerugian besar berikutan beberapa Loji Rawatan Air (LRA) di negeri ini terjejas teruk seperti LRA Pantai yang mengalami kerosakan dan tidak boleh digunakan lagi, lapor Bernama.

“Justeru, apabila kita nak kata adakan pengecualian untuk bayaran bil air, SAINS pun sebenarnya alami kerugian agak signifikan dan saya harap mereka memahami tentang perkara ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Negeri, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada SAINS akan mengambil langkah sama seperti Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Selangor yang memberikan pengecualian bayaran bil air bagi Januari ini kepada pelanggan akaun domestik di Selangor dan Kuala Lumpur yang terkesan akibat banjir baru-baru ini.

Aminuddin yang juga Pengerusi SAINS berkata pihaknya perlu mengambil masa untuk membuat penilaian berhubung jumlah sebenar kerugian akibat kerosakan di kebanyakan LRA termasuk di LRA Lakai yang mengalami kerosakan infrastruktur.

Semalam, Air Selangor berkata pengecualian bayaran bil air bagi bulan Januari 2022 diberikan kepada pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) di Selangor yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

“Pengecualian bayaran bil air ini merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

“Air Selangor turut memanjangkan pengecualian bayaran bil air in kepada para pelanggan dengan akaun Domestik yang terkesan di Kuala Lumpur,” kata agensi pengurusan air itu.

Berita berkaitan
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
RM155 juta dilesapkan Macau Scam
June 18, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
9 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok