Najib yang juga bekas Presiden UMNO simpan RM160j di kondo

November 14, 2022 · Isu semasa

Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa RM46 juta milik bekas Perdana Menteri itu yang disimpan di sebuah unit kondominium Pavilion Residence di Kuala Lumpur, dicuri.

Beliau mendakwa keseluruhan wang yang disimpan berjumlah RM160 juta, tetapi polis hanya menemui RM114 juta yang kononnya didakwa hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), ketika menyerbu premis itu pada 17 Mei 2018.

Pihak berkuasa itu juga tidak mengira wang di lokasi serbuan, sebaliknya di tempat lain yang menimbulkan pelbagai persoalan.

“Selepas keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) pada 9 Mei 2018, ada serbuan dan banyak barang dirampas di premis itu. Kerajaan baharu ketika itu diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan wang itu dicuri daripada 1MDB.

“Ingat perkara itu. Najib memaklumkan wang yang ada adalah RM160 juta bukan RM114 juta. Maka, ada orang mencuri sejumlah wang itu. Polis pun tidak beritahu bagaimana wang ditemui itu dibungkus dan tidak menyerahkan senarai barang rampasan kepada penghuni premis itu.

“Selain itu, dalam premis itu ada jam tangan milik Najib dan beg tangan milik isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Mahkamah ada membuat keputusan mengenai perkara itu antaranya RM114 juta diserahkan kembali kepada Najib dan mengesahkan ia tiada kena mengena dengan 1MDB,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini (14 November 2022), selepas mendengar keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan kerajaan melucut harta bernilai kira-kira RM80 juta didakwa hasil penyelewengan dana 1MDB.

Harta itu membabitkan 2,435 barang kemas, tujuh jam tangan dan 29 beg tangan didakwa milik Najib serta Rosmah disita di Pavilion Residence, milik Obyu Holdings Sdn Bhd.

Pada 20 Mei 2021, kerajaan gagal dalam permohonan untuk melucut wang tunai berjumlah RM114 juta yang disita, didakwa milik Najib dan UMNO.

Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wang dirampas dari sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd itu diperoleh daripada kesalahan pecah amanah.

Muhammad Shafee berkata, Najib sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang itu.

“Kita minta polis siasat polis (yang serbu premis itu). Ia akan mengambil masa. Kita akan ambil tindakan lain, tunggu masa yang sesuai,” katanya.

Ditanya permohonan Najib kepada Jabatan Penjara untuk mengundi pada PRU15, Muhammad Shafee berkata tidak tahu mengenainya.

“Saya juga tidak pasti jabatan itu membenarkan banduan untuk keluar mengundi. Sudah tentu pengarah dan pegawai penjara dibenarkan pergi mengundi,” katanya.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok