Model pakai seksi: Kerajaan PAS panggil penganjur minggu fesyen

August 10, 2022 · Isu semasa

Tindakan tegas akan diambil terhadap penganjur Minggu Fesyen Kedah 2022 2022 (KFW22) kerana didakwa menampilkan model berpakaian seksi, termasuk memakai baju terbuka tanpa coli.

Dalam beberapa gambar yang tular di media sosial, model itu memakai blazer hijau dengan butang terbuka, dan kelihatan seperti tidak memakai coli.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata pihak berkuasa juga akan memanggil penganjur acara untuk mendapatkan penjelasan di sebalik fesyen itu.

“Kami menerima aduan mengenai acara itu kerana menampilkan model berpakaian kurang sopan. Kami akan memanggil penganjur dan menuntut penjelasan,” katanya dalam catatan Facebook malam tadi.

Beliau berkata hasil semakan mendapati pihak penganjur tidak memohon permit dan tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengadakan acara itu.

“Saya menerima aduan mengenai penganjuran Kedah Fashion Week yang menampilkan model dengan pakaian yang mencolok mata.

“Pihak saya akan memanggil penganjur, meminta penjelasan dan mengenakan tindakan sewajarnya,” katanya.

Semalam, tular di media sosial gambar model wanita yang berpakaian mencolok mata pada KFW22 di sebuah pusat beli-belah di Alor Setar yang berlangsung selama tiga hari bermula 5 hingga 7 Ogos.

Gambar yang tular itu kemudian mendapat kritikan daripada orang ramai termasuk netizen yang mempersoalkan kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui PAS.

Sementara itu, pusat beli-belah Aman Central Mall, penganjur KFW22, hari ini memohon maaf berhubung penampilan tetamu yang berpakaian tidak senonoh pada majlis itu.

Gambar tetamu tidak dikenali itu telah menjadi viral sejak semalam.

Tetamu itu memakai blazer hijau dengan butang terbuka, dengan dada dan perut dibiarkan terdedah oleh apa yang kelihatan seperti baju lutsinar di bawah pakaian luar.

Dalam satu kenyataan, pengurusan pusat beli-belah itu mengakui bahawa gambar tular itu adalah gambar tetamu di KFW22 dan menegaskan ia tidak “mencerminkan imej yang mereka cuba promosikan.”

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Pokok tumbang hempap empat kenderaan di Cheras
November 6, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok