Menteri KBS kata pula jadi sasaran kerana dia Cina, DAP dan Kristian: Laporan

March 22, 2023 · Isu semasa

Menteri Belia dan Sukan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) daripada DAP, Hannah Yeoh hari ini berkata dia telah menjadi sasaran kritikan kerana etniknya, parti politik dan agamanya.

Ahli Parlimen Segambut itu mengulas kontroversi baru-baru ini mengenai program “Jom Ziarah” anjuran sebuah agensi di bawah kementeriannya – Impact Malaysia – yang kononnya bertujuan memupuk dan menggalakkan persefahaman dan keharmonian antara agama dengan membawa belia mengunjungi rumah ibadat yang berbeza.

“Saya ingin memberi jaminan kepada semua orang di sini, saya tahu ramai daripada anda telah melihat pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadap saya baru-baru ini.

“Saya berharap hubungan kami sebagai Ahli Parlimen dan pengundi akan terus bertahan,” katanya hari ini (22 Mac 2023), menurut MalayMail.

Menurut Hannah dia memahami dengan jelas apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang di Malaysia, sambil menambah bahawa dia telah menjadi wakil rakyat sejak 2008.

“Saya benar-benar faham apa yang diperkatakan oleh undang-undang dan saya tidak akan melakukan apa-apa yang menentangnya. Program itu telah wujud sejak kerajaan PN (Perikatan Nasional),” dakwanya.

“Tetapi saya kini menjadi sasaran kerana saya seorang Cina, [dari] DAP dan seorang Kristian.”

Pada 14 Mac, Hannah menegaskan di Dewan Rakyat bahawa acara “Jom Ziarah Gereja’ itu tidak melibatkan mana-mana belia Islam.

Dia juga mengarahkan setiausaha politiknya membuat laporan polis mendakwa difitnah oleh Pengerusi Penaja Muafakat Nasional Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard, berhubung program itu.

Bagaimanapun, ia bertentangan dengan iklan yang ditulis dalam bahasa Melayu yang difahami bertujuan mengajak orang Islam turut serta.

Malam, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika merujuk kepada program itu berkata MAIS melihat program ini mempunyai elemen untuk menarik perhatian belia “terutamanya belia Islam” untuk belajar dan menimba ilmu tentang agama selain Islam.

‘Jom Ziarah Geraja’ mencetuskan kontroversi setelah Che’gu Bard dan beberapa pihak lain mendedah serta mempertikaikan tujuan program yang menggunakan dana rakyat.

Malah, dalam laporan balas polis terhadap Hannah, Che’gu Bard turut mendedahkan buku tulisan Hannah ‘Becoming Hannah: A Personal Journey’ yang mencertiakan mengenai perjalanan hidupnya sebagai penganut Kristian.

“Di mana buku tersebut sendiri penuh dengan tulisan mempromosi agama Kristian. Dalam buku tersebut juga tertulis penglibatan dia di dalam bidang politik dibantu oleh pihak Kristian, baik dari segi dana mahupun kempen.

“Tanpa berselindung dalam buku itu menulis bagaimana beliau menggunakan kedudukan politik beliau untuk berdakwah mengenai agama Kristian.

“Tidak tertinggal seruan dia kepada ahli-ahli felo Kristian seberang laut, khususnya dan penganut agama Kristian umumnya untuk mengikut jejak langkah beliau menceburkan diri dalam bidang politik untuk membina semula Malaysia mengikut acuan agama Kristian,” kata Che’gu Bard.

Kedua-dua pihak, Hannah dan Che’gu Bard telah dipanggil polis untuk diambil keterangan berkaitan program itu. Setakat ini, media melaporkan lima individu telah dipanggil polis untuk diambil keterangan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok