Menteri diingatkan bukti pencapaian dalam 100 hari, kata PM

September 1, 2021 · Isu semasa

Sasaran pencapaian 100 hari menjadi tumpuan utama dalam mesyuarat Kabinet pertama yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama barisan Menterinya hari ini.

Ismail Sabri berkata penekanan utama berhubung status terkini jangkitan Covid-19 di negara ini, disamping penekanan kepada pengukuhan tindakan tahap kesihatan secara proaktif oleh semua kementerian demi melonjakkan semula aktiviti ekonomi yang memberi manfaat utama kepada rakyat.

Beliau berkata, tindakan pantas dan bersepadu merupakan aspek utama bagi membebaskan negara daripada ancaman wabak penyakit, kegawatan ekonomi serta kekusutan politik yang telah dilalui oleh rakyat sebelum ini.

“Saya turut mengingatkan para menteri Kabinet dan setiap kementerian perlu buktikan pencapaian dalam tempoh 100 hari.

“Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan dan saya akan memastikan Kabinet ini berasaskan keberhasilan yang mengutamakan kestabilan dan keselamatan Keluarga Malaysia,” katanya dalam Facebook beliau pada Rabu.

Ismail Sabri sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama menerusi sidang video dari rumah setelah beliau dinasihatkan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin kendiri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan Isnin lepas memaklumkan Ismail Sabri menjalani kuarantin kendiri bermula 30 Ogos selepas disahkan kontak rapat pesakit Covid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Banjir di Jempol, Gemas terburuk dalam tempoh 50 tahun
January 1, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok