Memorandum keluar RM10k KWSP akan diserah kepada Muhyiddin

February 19, 2022 · Isu semasa

Memorandum ditandatangani lebih 108,000 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berhubung pengeluaran oneoff RM10,000 akan diserahkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga mempengerusikan Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Ketua Penerangan Bersatu Malaysia, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata memorandum itu wajar dilihat oleh Muhyiddin kerana kedudukannya sebagai Pengerusi MPN dan pernah membenarkan pengeluaran simpanan KWSP ketika menjadi Perdana Menteri (PM) sebelum ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum berkenaan daripada wakil Suara Pencarum Seluruh Malaysia, Azmi Mohd Tahir di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 28 Jun 2021 lalu, Muhyiddin ketika menjadi PM – sebelum dikhianati 15 Ahli Parlimen UMNO diketua presiden parti itu Zahid Hamidi – telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu i-Citra.

Skim itu membolehkan seramai 12.6 juta ahli KWSP membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan selama lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan semasa ahli.

i-Citra berakhir Disember tahun lalu dan kerajaan yang ada sekarang enggan menyambungnya atau membenarkan pengeluaran oneoff RM10,000 itu.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata memorandum berkenaan ditandatangni lebih 108,000 individu dengan majoriti penduduk di Lembah Klang dan Johor, yang terkesan akibat pandemik Covid-19 serta banjir baru-baru ini.

“Kalau ikutkan tumpuan utama, saya rasa ini adalah tuntutan rakyat akar umbi yang patut didengar. Saya harap rakan-rakan pimpinan dalam Perikatan Nasional dan juga dalam Kabinet terutama sekali kepada Tan Sri Muhyiddin. Saya akan angkat perkara ini kepada beliau,” katanya.

Wan Saiful berkata, meskipun kerajaan hari ini tidak bersetuju dengan pengeluaran KWSP tetapi ia pernah dilakukan sebanyak dua kali ketika Muhyiddin menjadi perdana menteri.

Ujarnya, Muhyiddin telah menunjukkan keprihatinannya kepada pencarum-pencarum KWSP dan kini oleh kerana kedudukannya sebagai Pengerusi MPN, beliau mampu mempertimbangkan untuk perkara berkenaan diangkat ke Kabinet.

Sementara itu, Azmi berkata, beliau pernah membawa memorandum berkenaan ke Pejabat Perdana Menteri sebelum ini untuk diambil perhatian.

Bagaimanapun beliau tidak menerima sebarang jawapan mengenainya sehingga kini.

Katanya, beliau terpaksa mencari jalan alternatif lain kerana simpati dengan pencarum yang terdesak mahu pengeluaran dibuat.

“Saya akan jumpa siapa sahaja yang sanggup membantu pencarum-pencarum ini untuk mendapatkan kelulusan pengeluaran RM10,000. Saya menuntut bukan hanya kepada satu atau dua pihak sahaja, saya akan jumpa seberapa ramai yang boleh,” katanya.

Berita berkaitan
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023· Politik
Permohonan Muhyiddin batal 4 tuduhan rasuah RM232.5 juta 11 Julai ini
May 31, 2023· Isu semasa
Zahid persoal kenapa PN mahu saman dirinya dalam isu dana judi
May 27, 2023· Politik
Isu dana judi, terang-terang PMX buat fitnah besar terhadap PN: Wan Saiful
May 26, 2023· Politik
Popular
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
June 3, 2023
Dakwaan P.Pinang milik Kedah, tak perlu takut kata Samsuri
June 3, 2023
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
June 4, 2023
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
June 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
China mungkin tidak benarkan Jho Low balik Malaysia, kata Justo
3 jam lalu · Isu semasa
Suri rumah hangus RM110,556 terperdaya sindiket penipuan
5 jam lalu · Isu semasa
Wanita cemas kereta terperangkap dalam banjir kilat di Klang
5 jam lalu · Isu semasa
Terima ugutan sindiket along, Ketua Polis Pulau Pinang tak akan tunduk
20 jam lalu · Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok