Mangsa maut dirempuh lori bawah jambatan lebuh raya dikenal pasti

March 7, 2022 · Isu semasa

Dua maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah lori dan sembilan motosikal di bawah jejambat KM92.8 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan, dekat Sungai Petani hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata kedua-dua mangsa yang maut dalam nahas pukul 2.40 petang itu dikenali sebagai Mohd Amirul Ismail, 28, dan Muhammad Khairul Azwan Maula Hashim, 31 tahun.

“Sebelum kejadian, penunggang motosikal sedang berteduh di bawah jejambat kerana hujan lebat. Kesemua mangsa meletakkan motosikal mereka di lorong kecemasan secara dua barisan dan mereka berada di sisi motosikal masing-masing.

“Secara tiba-tiba, sebuah lori yang dinaiki dua lelaki berumur 28 tahun yang bergerak dilorong kiri telah datang merempuh kesemua mangsa dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan malam ini seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata akibat pelanggaran itu, dua mangsa itu yang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian, enam lagi cedera manakala tiga lagi individu termasuk pemandu dan kelindan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa yang maut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk proses bedah siasat selepas ujian saringan Covid-19 diperolehi. Kesemua mangsa yang cedera juga telah dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut.

Pemandu dan kelindan lori telah ditahan dan pemohonan reman akan dibuat esok. Ujian saringan air kencing dan alkohol terhadap mereka juga telah dilakukan dan didapati kedua-dua mereka bebas dari pengambilan dadah dan alkohol,” katanya.

Adzli berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita berkaitan
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok