Malaysia tuan rumah Sukan SEA 2027

May 12, 2022 · Isu semasa

Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) memilih Malaysia sebagai tuan rumah edisi ke-34 Sukan SEA 2027, kata Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui sebulat suara oleh ahli majlis SEAGF pada mesyuarat yang berlangsung di Hanoi, hari ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada SEAGF atas kepercayaan mereka kepada MOM untuk menganjurkan temasya Sukan SEA.

“MOM akan membuat janji temu untuk memaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu apabila kembali ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ini adalah kali ketujuh Malaysia diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah sejak kali pertama pada 1965 ketika temasya ini dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP), diikuti 1972, 1977, 1989, 2001 dan 2017.

MOM pernah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah Sukan SEA 2027 pada tahun lepas, berikutan penarikan diri Brunei.

Temasya Sukan SEA ke-31, yang ditangguhkan berikutan pandemik COVID-19, kini dianjurkan di Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 25 Mei.

Kemboja dijadualkan menjadi tuan rumah buat julung kalinya tahun depan pada 5 hingga 16 Mei manakala Thailand pula bakal menjadi penganjur pada edisi 2025. – Bernama

Berita berkaitan
Hassan kecewa ketua pembangkang Kemboja diusir kerajaan
June 1, 2023· Politik
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023· Isu semasa
Pengeluar jam nafi dakwaan jam dirampas ada tulisan LGBT
May 30, 2023· Isu semasa
Nilai ringgit paling rendah sejak 6 bulan
May 19, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
30 minit lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
4 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
5 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
6 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok