Lelaki kena penjara lima bulan bantu, lindungi ‘Long Tiger’

January 9, 2022 · Isu semasa

Mahkamah Majistret Sungai Petani hari ini menjatuhi hukuman penjara lima bulan ke atas seorang lelaki setelah dia mengaku salah atas tuduhan melindungi ‘Long Tiger’ di rumahnya bulan lalu.

Rusli Mat, 47, yang bekerja sendiri membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Rusli didakwa melindungi ‘Long Tiger’ atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, di sebuah rumah bernombor 854A Kebun Tebu, Jalan Kuala Ketil, jam 3.15 petang, pada 28 Disember tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan kerana melindungi pesalah yang lari daripada jagaan atau yang diperintah supaya ditangkap.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun dan juga denda.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat dan Zulfadzly Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ruzanna Abdul Rahim.

Terdahulu, Ruzanna memohon mahkamah meringankan hukuman kerana ia adalah kesalahan pertama tertuduh, selain tidak mempunyai rekod jenayah.

Nurul Ainna kemudian menjatuhkan hukuman lima bulan penjara terhadap tertuduh.

Pada 28 Disember tahun lalu, sepasukan anggota polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan Long Tiger di sebuah rumah di Kebun Tebu, Jalan Kuala Ketil, Sungai Petani.

Serbuan dilakukan jam 3 petang itu turut membawa kepada penahanan seorang pondan dipercayai menyembunyikan Long Tiger yang ketika itu menjadi buruan polis selama hampir dua minggu.

Ketika ditahan, penghuninya enggan membuka pintu dan Long Tiger dikesan cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah itu, namun terjatuh.

Hasil siasatan mendapati, pondan itu baru sebulan mengenali Long Tiger melalui media sosial dan dipercayai mendapat upah melindungi lelaki yang diburu polis itu.

Pada 15 Disember tahun lalu, Long Tiger bertindak melarikan diri dari lokap Mahkamah Tangkak, Johor, ketika menghadiri perbicaraan kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
MB Perlis cerai isteri talak satu
August 25, 2022
PN akan terus desak caruman KWSP bersasar dibenarkan
March 16, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Betul adalah betul, salah adalah salah, kata anak perempuan Rosmah dengan bekas suami lama
September 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok