Laluan lebuh raya KL-Karak sesak lebih 15 kilometer petang ini

January 21, 2023 · Isu semasa

Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ke arah Pantai Timur semakin tinggi hingga menyebabkan kesesakan lebih 15 kilometer (km) dari arah Gombak ke Genting Sempah, petang ini (21 Januari 2023).

Setakat jam 5.15 petang, trafik masih perlahan sejauh 15.3 kilometer dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) hingga ke Plaza Tol Gombak, seterusnya ke arah Genting Sempah dari Kilometer 21.7 hingga KM37.0.

Pengurus Besar Kanan, Ketua ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi, berkata jumlah kenderaan yang semakin bertambah pada sebelah petang menyebabkan aliran trafik semakin perlahan.

“Tiga lokasi di kawasan Bukit Tinggi juga dilaporkan mengalami kesesakan iaitu dari KM39.3 hingga KM42.7, dari KM43.6 hingga KM45.6 dan dari KM47.0 hingga KM48.5,” katanya lapor BH.

Radzimah berkata, trafik kini perlahan sejauh 5.3 km dari KM49.5 hingga KM54.8 arah dari Bukit Tinggi ke Lentang dan trafik juga perlahan sejauh satu km di KM56.7 hingga KM57.7 dari Lentang ke Bentong.

Bagaimanapun, katanya, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) masih lancar di kedua-dua arah.

Dalam pada itu, katanya, aliran trafik menghala ke ibu negara kini mengalami kesesakan lebih enam km dari KM55.8 hingga KM49.7 berikutan kemalangan yang berlaku di KM49.7 arah dari Lentang ke Bukit Tinggi.

Kemalangan dilaporkan berlaku pada jam 3.18 petang tadi membabitkan dua kereta menyebabkan lorong perlahan dan lorong kecemasan terhalang.

Difahamkan, kemalangan tidak membabitkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang kedua-dua kenderaan.

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Dijangka 1.9 juta kenderaan pulang ke kampung sempena PRN
August 10, 2023· Isu semasa
Penonton dakwa dipukul pasukan keselamatan semasa perlawanan akhir Piala FA
July 24, 2023· Isu semasa
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Popular
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
SPRM sahkan mungkin panggil Tengku Zafrul: Laporan
February 18, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Pihak berkuasa batal ubat tradisional mengandungi racun berjadual
June 5, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok