Kumpulan peguam bidas Fahmi berhubung isu kebebasan media

August 21, 2023 · Isu semasa

Menteri Komunikasi dan Digital dibidas kumpulan peguam, Lawyers for Liberty (LFL) berhubung kekangan dan sekatan ke atas beberapa laman sesawang dan saluran media sosial sejak Jun tahun ini.

LFL dalam kenyataan menyanggah Fahmi Fadzil yang berkata kerajaan campuran memberi jaminan mengenai kebebasan media dan kebebasan bersuara, namun ini tidak bermakna rakyat bebas menyebarkan fitnah dan maklumat salah.

Pengarah LFL Zaid Malek berkata hak kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perkara 10 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh disekat atas alasan maklumat tidak tepat.

“Sekatan terhadap kebebasan bersuara yang dibenarkan di bawah Perkara 10(2)(a) tidak merangkumi kenyataan yang tidak tepat,” katanya dalam satu kenyataan.

“Pertuturan yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan yang boleh dihadkan, dan itu adalah sukar untuk dipenuhi.”

Zaid turut menyifatkan kenyataan Fahmi sebagai “cubaan jelas untuk mewajarkan atau meletakkan asas untuk menyekat portal atau laman sesawang yang mengkritik kerajaan”.

“Adalah mengganggu dan tidak berperlembagaan untuk menteri meletakkan dirinya sebagai penimbang tara ‘kebenaran’ dan membuat keputusan sendiri untuk menyekat berita yang kononnya memfitnah atau tidak tepat.

“Fitnah atau tidak tepat menurut siapa? Adakah hanya hak kerajaan untuk memutuskan perkara yang benar?”

Beliau turut mengingatkan Fahmi mengenai Akta Antiberita Tidak Benar, yang dimansuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 2018 sebagai ancaman kepada kebebasan bersuara.

“Berita palsu mesti dijawab dengan penjelasan, bukan dijenayahkan,” katanya.

“Jika kerajaan dapat memutuskan perkara yang tidak tepat atau fitnah, ia akan membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan pemenjaraan lawan politik. Sejarah silam kita audah membuktikan perkara ini, berulang kali.”

Beliau juga mengingatkan bagaimana Seksyen 500 Kanun Keseksaan digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melemparkan “tuduhan bermotif politik” terhadap pemimpin PH.

“PH ketika itu mengkritik undang-undang berkenaan. Sekarang apabila berkuasa, adakah Fahmi sudah lupa perkara ini?”

Zaid berkata, kuasa sebegitu, jika dibenarkan, boleh menyekat wacana mengenai perkara berkepentingan awam kerana kerajaan boleh “memutarbelitkan” takrifan fitnah dan ketidaktepatan agar sesuai dengan tujuannya sendiri.

“Lawan politik, pengkritik kerajaan, aktivis dan orang ramai akan terbeban untuk membuktikan sebarang dakwaan kesalahan terhadap kerajaan jika ini dibenarkan.

“Kemelut 1MDB adalah contoh jelas bagaimana kuasa sedemikian boleh disalahgunakan dengan mudah oleh kerajaan, di mana portal berita disekat dan individu didakwa kerana bersuara.

“Tiada sebab untuk mempercayai penyalahgunaan seperti itu tidak akan berlaku di bawah kerajaan ini atau mana-mana kerajaan lain,” katanya.

Berita berkaitan
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023· Isu semasa
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
September 25, 2023· Isu semasa
Perhimpunan esok tidak menyalahi undang-undang, kata kumpulan peguam
September 15, 2023· Isu semasa
Fahmi puji lantikan Chun Wai sebagai Pengerusi Bernama baharu
September 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Minyak masak paket hanya boleh dijual kepada mereka ada ID khas: Fuziah
October 2, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh lagi kepada RM4.72 berbanding dolar
16 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok