Kuat pohon kerana akar, kuat akar kerana tanah, kata Radzi Jidin

November 4, 2022 · Isu semasa

Menteri Kanan Pendidikan kerajaan sementara, Datuk Dr Radzi Jidin menasihatkan semua pihak supaya cekal mengharungi apa sahaja cabaran, selain melakukan ikhtiar bagi memastikan kesejahteraan pendidikan negara pasa masa depan.

Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Parlimen Putrajaya bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini turut berterima kasih kepada warga Kementerian Pendidikan (KPM) atas usaha yang dilakukan, terutama dalam menghadapi pandemik Covid-19.

“Terima kasih buat seluruh warga KPM yang telah begitu banyak membantu saya dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai Menteri Kanan Pendidikan, khususnya dalam tempoh sukar ketika pandemik Covid-19 dan tempoh pemulihan negara.

“Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanahnya.

“Tidak ada siapa pun antara kita yang pernah melalui situasi sukar sedemikian. Namun, berkat kesungguhan, kecekalan serta kerjasama seluruh keluarga besar KPM, tidak terkecuali murid dan ibu bapa, kita semua dapat melalui tempoh sukar tersebut dengan baik.

“Sesukar manapun cabaran, kita harungi dan ikhtiarkan yang terbaik demi kesejahteraan anak-anak dan warga pendidikan. Kenangan ini akan sentiasa tersemat dalam ingatan saya,” katanya dalam satu kenyataan malam ini (4 November 2022).

Radzi turut menyanjung usaha dilakukan warga KPM dalam memastikan wadah pendidikan negara terus berjalan lancar.

“Tanpa sahabat-sahabat semua, sama ada di jabatan mahupun di sekolah, kaburlah masa depan negara. Jasa, masa dan tenaga yang anda curahkan amat saya sanjungi. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

“Pendidikan merupakan wadah utama negara dan menggenggam amanah melahirkan generasi pewaris negara yang berketerampilan serta berdaya saing yang mampu mencorak masa depan generasi berikutnya,” katanya.

Beliau berharap KPM akan menjadi sebutan dengan semua orang menghormati dan memberi kepercayaan penuh dalam memastikan ekosistem pendidikan negara berada pada tahap tinggi dan gemilang.

“Saya adalah anak rantau. Singgah di KPM adalah sebahagian daripada sejarah perjalanan hidup saya sebelum meneruskan langkah seterusnya.

“Momen kita bersama adalah amat indah, sukar diperjelaskan perasaan ini. KPM adalah sebuah keluarga besar, menyimpan beribu kenangan dan mengajar berjuta pengalaman,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok