KKM beri penjelasan berhubung pembelian 500 unit ambulans

June 22, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi penjelasan berhubung isu pembelian 500 unit ambulans ‘Negative Pressure Ambulance’ yang tular di media sosial dengan menyifatkan laporan berita tersebut disalah tafsir.

Dalam satu kenyataan, KKM berkata kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba dalam sidang medianya tidak disebut kesemua 500 ambulans itu bercirikan ‘Negative Pressure Ambulance’ sebagaimana yang disalahfahami dan dilapor oleh pihak tertentu.

“Laporan berita itu telah disalah tafsir. Sebenarnya YB Menteri Kesihatan menyatakan dalam sidang media “Kita akan mulakan tender 500 ambulans ini dan bagi ambulans lain kita akan gunakan sistem ‘leasing’ mengikut zon agar isu logistik pesakit COVID-19 di mana-mana jua dapat diatasi,”

“YB Menteri Kesihatan berkata demikian ketika majlis penyerahan ‘Negative Pressure Ambulance’ bagi membawa pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC)
MAEPS pada 19 Jun 2021.

“Dalam kenyataan tersebut tidak disebut kesemua 500 ambulans itu bercirikan ‘Negative Pressure Ambulance’ sebagaimana yang disalahfahami dan dilapor oleh pihak tertentu,” kata KKM.

Jelas kenyataan itu lagi, KKM melihat keperluan ciri-ciri ‘Negative Pressure Ambulance’ ini untuk melawan pandemik Covid-19 pada masa ini dan di masa hadapan.

“KKM melihat keperluan ciri-ciri ‘Negative Pressure Ambulance’ ini untuk melawan pandemik COVID-19 pada masa ini dan di masa hadapan. Ciri-ciri ‘Negative Pressure Ambulance’ ini mempunyai sistem tekanan negatif, penapisan HEPA dan lampu UV khusus untuk kes penyakit berjangkit terutamanya jenis penyakit bawaan udara.

“Pada 17 Jun 2021, KKM telah mengiklankan tawaran tender untuk perolehan 490 jenis ambulans bersama kelengkapan peralatan perubatan bagi kegunaan hospital dan klinik di seluruh negara,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Adham dalam kenyataan dipetik Utusan Malaysia berkata perancangan pembelian 500 unit ambulans telah dirancang KKM sejak tiga tahun lepas bagi menggantikan ambulans sedia ada yang tidak dapat beroperasi secara optimum.

Beliau berkata, peruntukan pembelian kenderaan itu diluluskan kerajaan pada tahun ini adalah ambulans jenis biasa dan bukannya jenis ‘negative pressure ambulance’.

Menurutnya lagi, pengumuman proses tender pembelian ambulans dibuat ketika merasmikan sebuah negative pressure ambulance itu yang dibeli Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) iaitu yang pertama bagi membawa pesakit Covid-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS pada Jumaat lalu.

“Ketika perasmian itu, saya menyatakan pada masa sama Kementerian Kesihatan sedang membuat proses tender 500 ambulans jenis biasa dan negative pressure ambulance.

“Perancangan pembelian ini telah dibuat semasa pentadbiran Menteri Kesihatan terdahulu dan sememangnya sudah diluluskan lebih awal untuk menggantikan ambulans yang rosak, telah dilupuskan, perlu diganti dan ditambah baharu di kawasan tertentu yang memerlukan,” beliau dipetik berkata.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Kos umrah meningkat, apa puncanya?
February 15, 2023
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
12 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok