Kes baharu Covid-19 minggu lalu naik selepas sekolah dibuka: KKM

April 4, 2023 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan peningkatan dalam jumlah kes Covid-19 sebanyak 37.7 peratus bagi minggu berakhir Sabtu, 1 April selepas sekolah di seluruh negara dibuka semula.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes baharu meningkat daripada 2,228 kes pada minggu sebelumnya kepada 3,069 kes, manakala sembilan kluster baharu telah muncul.

“Peningkatan kes dan kluster Covid-19 berlaku berikutan pembukaan semula sesi persekolahan pada pertengahan Mac 2023. Peningkatan ini juga berpunca daripada pergerakan orang ramai pada cuti sekolah terkini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (4 April 2023).

Dr Noor Hisham berkata jumlah kemasukan pesakit dan suspek Covid-19 ke fasiliti kesihatan bagi setiap 100,000 penduduk juga meningkat sebanyak 24.1 peratus.

Menurutnya daripada 17 kluster yang muncul sejak awal tahun ini, 11 daripadanya adalah institusi pendidikan iaitu tiga daripada kolej, masing-masing satu sekolah menengah agama, sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah.

Lima kluster lagi melibatkan empat institusi pengajian tinggi dan satu daripada pusat jagaan kanak-kanak.

Sekolah di seluruh negara dibuka semula pada 19 dan 20 Mac bulan lepas.

Sementara itu, maklumat terkini kes berkaitan Covid-19 dalam laman sesawang KKMNOW dan Github KKM tidak lagi dikemas kini secara harian. Semakan mendapati kali terakhir kedua-dua laman itu dikemas kini pada 1 April lalu.

Berdasarkan data, seminggu lalu sebanyak 226 kes baharu dicatat pada Isnin (27 Mac), diikuti Selasa (357 kes); Rabu (461 kes); Khamis (493 kes); Jumaat (606 kes); dan Sabtu (599 kes).

Dalam tempoh berkenaan juga tiga pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought in death’ (BID).

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian sejak 17 Mac 2020 hingga 1 April lalu meningkat kepada 36,982 kes, termasuk 7,880 kes BID.

Sehingga tempoh itu juga sebanyak 11,312 kes masih aktif; 10,841 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 458 pesakit dirawat di hospital; dan 13 dimasukkan ke unit rawatan rapi dengan sembilan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kumulatif positif Covid sejak 25 Januari 2020 hingga 1 April lalu adalah sebanyak 5,013,572 dengan 5,004,043 pesakit telah sembuh.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Hubungi 997 jika kena scam
October 14, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok