Kerajaan PH-BN batal hapus hutang peneroka Felda RM8.3b: Laporan

February 24, 2023 · Isu semasa

Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sedang menghentikan inisiatif dimulakan oleh pentadbiran bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memansuhkan sebahagian daripada pinjaman peneroka Felda.

“Kerajaan tidak akan dapat meneruskan pelupusan pinjaman peneroka Felda lagi kerana ia telah memberi kesan besar kepada aliran tunai Felda,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Reformasi Institusi) kerajaan PH-BN, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Menurut FMT hari ini (24 Februari 2023), Azalina berkata demikian dalam jawapan di Parlimen semalam, ketika menjawab soalan Kamal Ashaari (Perikatan Nasional-Kuala Krau), yang bertanya sama ada Putrajaya akan meneruskan pelupusan pinjaman kepada peneroka Felda.

Beliau berkata, kutipan untuk bayaran balik pinjaman perlu diteruskan kerana ia merupakan sumber pendapatan Felda bagi memastikan kelestariannya dan kebajikan peneroka Felda.

Pada 7 Julai 2021 lalu, Muhyiddin mengumumkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara dasar bersetuju dengan cadangan pihak Felda untuk melupuskan sebahagian pinjaman peneroka berjumlah RM8.3 bilion.

Menurut Presiden Bersatu itu ia akan dilaksanakan melalui inisiatif pelarasan pinjaman peneroka secara bersyarat terutama bagi generasi awal.

“Dengan inisiatif ini, bebanan pinjaman yang ditanggung peneroka akan berkurangan sebanyak purata 80 peratus setiap peneroka.

“Purata bayaran balik pinjaman pula dijangka berkurangan daripada sekitar RM800 hingga RM1,000, kepada hanya RM250 hingga RM300 sebulan bagi peneroka sawit dan serendah RM150 bagi peneroka getah iaitu satu kadar yang sangat munasabah dan mampu dibayar oleh mereka,” katanya berucap pada sambutan Hari Peneroka Felda 2021 secara maya, susulan penularan Covid-19.

Difahamkan, purata hutang setiap peneroka tanah rancangan itu yang dilupuskan menerusi inisiatif pelarasan pinjaman seperti diumumkan Muhyiddin, adalah di antara RM80,000 hingga RM100,000 seorang.

Selain itu, ada juga dalam kalangan peneroka merekodkan tunggakan hutang melebihi RM200,000 seorang.

Kadar tunggakan yang tinggi itu menyebabkan kebanyakan peneroka terbabit perlu membayar di antara RM800 hingga RM1,000 sebulan jika Felda meneruskan kutipan hutang.

Proses pelarasan hutang yang dimiliki setakat 31 Disember 2019 itu, membabitkan seramai 92,400 peneroka di seluruh negara

Selepas pelarasan itu, rata-rata peneroka hanya perlu membayar hutang di antara RM250 hingga RM300 sebulan, kadar yang disifatkan pada kedudukan baik kerana golongan berkenaan mampu untuk membuat bayaran balik pinjaman.

Bagaimanapun, susulan tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan inisiatif dibuat Muhyiddin itu, peneroka Felda terpaksa menanggung beban hutang yang tinggi, apa lagi dalam keadaan kerajaan sekarang gagal menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Punca penderaan di taska meningkat
April 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
15 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok