Kerajaan ambil tindakan ketirisan minyak masak ke negara jiran

July 3, 2022 · Isu semasa

Kerajaan memandang serius masalah ketirisan pembekalan minyak masak bersubsidi yang antaranya dikatakan berpunca daripada kegiatan penyeludupan ke negara jiran, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau yang juga anggota Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata pihaknya memandang serius isu berkenaan, apabila bekalan minyak masak paket bersubsidi dalam negara kini didapati berkurangan, lapor Bernama.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak bagi mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai isu itu, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Kita ingin tahu sejauh mana seriusnya perkara ini, kerana kerajaan beri subsidi (untuk penduduk tempatan), namun ia dinikmati oleh orang asing …perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika ditemui selepas meninjau harga barangan keperluan harian dan runcit di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini hari ini.

Merujuk kepada Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Mustapa berkata pasukan itu akan mengadakan mesyuarat kali ketiga esok, dengan memberi fokus kepada dua perkara utama iaitu kaedah bagi menangani isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi dan isu kenaikan harga barangan keperluan.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Dua anggota tentera maut dihempap pokok ketika operasi di Gerik
July 11, 2022
RUU rokok: Bung nak buka rahsia KJ
June 7, 2023
Gejala sugar baby, baby boy kian meningkat
August 1, 2021
KDN komited selesaikan isu sejuta penduduk tanpa dokumen di Sabah
October 2, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok