Keputusan kes Najib, ada yang berduka dan ada yang gembira

August 24, 2022 · Isu semasa

Keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta, menerima pelbagai reaksi daripada para pemimpin.

Ada antara mereka menyifatkan keputusan itu sebagai bukti badan kehakiman negara bebas daripada dipengaruhi kuasa politik namun terdapat juga yang menzahirkan rasa simpati terhadap bekas perdana menteri itu, lapor Bernama.

Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membuktikan sistem kehakiman negara yang bebas dapat menjamin keadilan dan mengembalikan maruah negara yang tercalar.

“Kebebasan sistem kehakiman inilah yang saya pertahankan ketika saya menjadi Perdana Menteri. Walaupun ada desakan politik supaya saya campur tangan dalam kes tertentu, saya tegas menolaknya walau akhirnya saya terpaksa meletak jawatan kerana mempertahankan prinsip ini.

“Saya berharap, kebebasan badan kehakiman di negara kita terus dilindungi tanpa ada cubaan campur tangan atau desakan politik daripada mana-mana pihak agar keadilan dapat tertegak…tanpa badan kehakiman yang bebas, sistem demokrasi di negara kita akan gagal untuk berfungsi dan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersifat autoritarian, rasuah dan bankrap moral, na’uzubillah,” katanya di Facebook.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berpandangan keputusan terhadap Najib itu adalah hasil daripada aspirasi rakyat yang ingin memastikan badan kehakiman negara bebas dan membersihkan negara daripada gejala rasuah.

“Ini membuktikan rakyat itu berkuasa, rakyat telah membuat keputusan pada 2018 untuk memastikan badan kehakiman bebas dan negara bersih daripada rasuah.

“Keputusan rakyat inilah yang membolehkan pendakwaan yang profesional dan ketegasan serta keberanian badan kehakiman membuat keputusan berdasarkan fakta dan hukum, bukan mengikut telunjuk politik pihak yang berkuasa,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebooknya.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook menyifatkan keputusan hari ini sebagai satu amaran kepada semua pemimpin politik agar tidak terlibat dalam isu penyalahgunaan kuasa selain turut menambah perkara itu adalah satu kemenangan untuk sistem demokrasi negara.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berharap Najib dan keluarga terus tabah susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan terhadap beliau dan menganggap kes tersebut akan terus diulas pelbagai pihak.

“Beliau anak Perdana Menteri, namun telah melantik saya, anak penoreh getah sebagai Timbalan Menteri sebelum ini dan tidak akan saya lupa. Kes ini akan terus diulas. Rakyat juga sedang menghakimi,” katanya di Facebook.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata jasa dan khidmat bakti Najib kepada UMNO dan negara sebelum ini tidak boleh dinafikan dan beliau menzahirkan simpati terhadap bekas perdana menteri itu dan seluruh ahli keluarganya susulan keputusan hari ini.

“Justice hurried is justice buried, adalah satu frasa yang boleh kita hayati bersama dalam situasi ini,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
October 2, 2023· Isu semasa
Rayuan pendakwaan terhadap keputusan mahkamah bebas Muhyiddin pada 28 Feb
September 27, 2023· Isu semasa
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
11 jam lalu · Isu semasa
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
19 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
19 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
20 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
24 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok