Kekurangan bekalan telur ayam bersifat sementara: KPDNHEP

September 25, 2022 · Isu semasa

Kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di seluruh negara baru-baru ini hanya bersifat sementara dan berjaya diselesaikan dalam waktu yang singkat.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof berkata masalah teknikal seperti penghantaran lambat dan pesanan tidak dibuat mengikut waktu sepatutnya, dikenal pasti menjadi punca masalah tersebut.

“Memang baru-baru ini ada kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan seperti Langkawi, Hulu Terengganu dan Jerantut, tetapi penguat kuasa kita segera turun menyiasat selepas mendapat maklumat.

“Masalah yang berlaku berjaya diselesaikan dengan cepat hasil kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Contohnya, jika aduan kehabisan telur pada sebelah pagi, sebelah petang dah ada bekalan balik, tidak berlaku dalam tempoh yang panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di Seberang Takir di Kuala Nerus hari ini, yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia.

Sementara itu, Azman berkata pelaksanaan PJMKM di 2,000 lokasi seluruh negara berjaya memberi manfaat kepada 3.4 juta rakyat berpendapatan rendah.

Menurutnya program itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat.

“Setakat 31 Julai lepas rekod jualan seluruh negara ialah RM63 juta, manakala di Terengganu sahaja setakat 18 Sept lepas adalah RM2.5 juta.

“Saya juga difahamkan di Terengganu setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diperuntukkan RM25,000 sebulan untuk pelaksanaan PJMKM dua kali sebulan bagi tempoh 15 Ogos hingga Disember depan,” katanya. – Bernama

Berita berkaitan
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023· Isu semasa
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok