Jangan lengah bentang RUU Anti Lompat Parti, kata Khaled kepada kerajaan

March 22, 2022 · Isu semasa

Rang undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu dibentang segera dan kerajaan tidak boleh melambatkan kelulusan akta tersebut, kata Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kepada kerajaan.

Naib Presiden UMNO itu menyifatkan langkah meluluskan RUU Anti Lompat Parti sebagai progresif ke arah mewujudkan politik yang matang di Malaysia.

“RUU yang sepatutnya dibentangkan itu sebenarnya adalah langkah yang sangat progresif. Ia menjadi bahagian penting daripada reformasi politik yang UMNO dukung dengan sokongan Pakatan Harapan (PH).

“Sokongan bipartisan sedemikian bukan sahaja unik tetapi menggambarkan betapa Malaysia sedang bergerak di landasan betul dalam kematangan politiknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, RUU itu amat relevan apatah lagi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah menjadi mangsa kecurangan wakil rakyat mereka yang melompat.

“Tindakan mereka itu telah menyebabkan Malaysia mengalami ketidakstabilan politik yang merencatkan kemajuan dan pembangunannya.

“Jika dibiarkan terlalu lama, penangguhan pembentangan RUU itu akan menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat tentang komitmen UMNO dalam menjuarai reformasi politik dan institusi seperti yang dijanjikan.

“Justeru, ikhtiar yang penting sebegini, janganlah di lengah-lengahkan lagi dan mesti diberikan segala keutamaan oleh kerajaan,” jelasnya lagi.

Pada 18 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan RUU Anti Lompat Parti hanya akan dibentang di Dewan Rakyat sebaik sahaja pendapat serta input daripada semua pihak diperoleh dan sesi libat urus selesai.

Wan Junaidi turut membayangkan bahawa RUU itu berkemungkinan dibentang pada Sidang Khas Parlimen mengambil kira sidang Dewan Rakyat kali ini akan berakhir pada Khamis depan.

Kabinet memutuskan RUU itu masih memerlukan penelitian lanjut melalui sesi perbincangan dengan pihak berkepentingan lain khususnya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang tertangguh disebabkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Permit tepung gandum dibatal, pastikan bekalan cukup
May 23, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok