Jangan bawa anak kecil ke bazar Ramadan, elak Covid-19

April 4, 2022 · Isu semasa

Ibu bapa dinasihatkan supaya tidak membawa anak-anak kecil mengunjungi bazar Ramadan bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan Covid-19 walaupun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kawasan sesak yang sempit dengan orang ramai merupakan suasana yang tidak baik kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tidak mempunyai perlindungan vaksinasi.

“Melihat suasana hari pertama bazar Ramadan di Bagan Serai ini, kami dapati ramai pengunjung membawa anak kecil di tempat yang penuh sesak.

“Kalau tempat sempit ini sebaiknya jangan bawa anak-anak, kita tidak mahu menyambut Ramadan dalam keadaan sedih dan sibuk di hospital,” katanya memetik laporan Bernama.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengedarkan kurma di Bazar Ramadan Bagan Serai di sini semalam.

Dr Noor Azmi berkata data terkini menunjukkan vaksinasi kanak-kanak hanya sebanyak 38 peratus manakala remaja 91.7 peratus dan dos penggalak pula 67.3 peratus.

“Ini menunjukkan vaksinasi membabitkan kanak-kanak masih di tahap yang perlahan dan kami berharap ibu bapa mendapatkan vaksinasi untuk anak-anak mereka secepat mungkin,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr Noor Azmi berkata keputusan memendekkan tempoh kuarantin dan memanggil petugas kesihatan yang dijangkiti Covid-19 untuk kembali bekerja bagi mengatasi masalah kekurangan kakitangan di hospital dilakukan berdasarkan fakta sains dan nasihat pakar.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana keputusan itu juga adalah syor Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang membuat penilaian data saintifik dan bukannya secara semberono.

“Kuarantin dipendekkan kerana pekerja Kementerian Kesihatan (KKM) juga terkena jangkitan Covid-19, antaranya menjadi kontak rapat namun rawatan dan program (tugas) di hospital agak tergendala sekiranya mereka menjalani kuarantin yang lama.

“Oleh itu, penilaian dibuat daripada mereka yang telah divaksinasi sepenuhnya dan menerima dos penggalak serta tiada simptom lagi selain tiada rekod komorbid barulah diberi kuarantin pendek supaya dapat kembali bekerja dan menjalankan tugas.

“Ini amat penting supaya keadaan hospital tidak terganggu dan lumpuh,” katanya.

Baru-baru ini, gabungan pekerja penjagaan kesihatan menggesa KKM untuk mempertimbangkan semula keputusan memendekkan tempoh kuarantin kepada pekerja kesihatan dan sebaliknya memperkenalkan perlindungan tambahan.

Berita berkaitan
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
3 jam lalu· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Popular
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
7 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
7 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok