Isteri pelakon utama filem Anwar fail nusyuz

July 20, 2023 · Isu semasa

Isteri pelakon filem Anwar The Untold Story, Diana Danielle turut memfailkan tuntutan nusyuz terhadap suaminya, Farid Kamil yang melakukan perkara sama sebelum ini.

Peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Diana berkata tuntutan itu difailkan dalam tuntutan balas nusyuz difailkan Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari sebelum ini.

“Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan pada masa sama pihak kita turut memfailkan tuntutan balas dan dalam tuntutan balas pihak kami turut memfailkan nusyuz terhadap Farid hari ini,” kata peguam itu ketika ditemui selepas sebutan kes nusyuz di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, hari ini lapor Kosmo.

Azmi berkata, antara sebab Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan nusyuz terhadap Farid yang membawa watak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam filem tersebut adalah melibatkan tanggungjawab sebagai suami.

Untuk info, seorang suami boleh disabitkan dengan nusyuz sekiranya mengabaikan nafkah zahir, batin, menyuruh isteri melakukan perkara yang bertentangan hukum syarak, memukul isteri dan tidak berlaku adil (bagi yang berpoligami).

Bagaimanapun, penalti atau hukuman yang boleh dikenakan kepada suami yang nusyuz adalah bergantung kepada jenis kesalahan yang dilakukan.

Terdahulu, Hakim Syarie Shukran Yusof menetapkan 23 Ogos ini bagi sebutan semula kes nusyuz yang difailkan Farid terhadap Diana dengan pihak-pihak perlu memfailkan tuntutan balas dan jawapan kepada pembelaan masing-masing.

Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, peguam syarie yang mewakili Farid iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya positif Covid-19.

Sebelum ini, Farid menegaskan tuntutan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya Diana Danielle bukan berniat untuk memburukkan lagi situasi tegang yang melanda rumah tangganya.

Farid sebaliknya berkata, tuntutan tersebut dilakukan bagi menegakkan haknya sebagai seorang suami mengikut hukum Islam.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
12 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
12 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok