Hutang kerajaan dibayar mengikut jadual, kata Kementerian Kewangan

December 20, 2021 · Isu semasa

Kerajaan Persekutuan tidak pernah gagal dalam memenuhi obligasi pembayaran semula hutang negara mengikut jadual, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa berkata komitmen tersebut membuktikan disiplin kerajaan dalam aspek pengurusan hutang yang lebih mampan, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata sehingga akhir September tahun ini, hutang negara mencecah RM969.3 bilion atau 64 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Daripada jumlah hutang ini, hutang statutori berjumlah RM905 bilion atau 59.7 peratus kepada KDNK, iaitu masih di bawah had statutori 60 peratus. Had statutori ini telah dinaikkan kepada 65 peratus kepada KDNK pada Oktober lepas,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee yang ingin tahu adakah negara akan menjadi negara penghutang sekiranya hutang negara berterusan dan bertambah teruk.

Dalam pada itu, Yamani Hafez berkata pelaksanaan langkah rekonsiliasi fiskal serta kutipan hasil yang lebih baik pasca krisis dijangka dapat mengurangkan paras hutang dan beban bayaran khidmat hutang secara beransur-ansur demi memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

“Namun, bayaran khidmat hutang adalah satu perbelanjaan yang masih mampu kita bayar dan ia diberi keutamaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 98(1)(b) iaitu segala caj hutang adalah di bawah tanggungan kerajaan Persekutuan.

“Ini memastikan kerajaan dapat membuat bayaran khidmat hutang mengikut jadual yang telah ditetapkan,” katanya.

Berita berkaitan
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
18 jam lalu· Isu semasa
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023· Isu semasa
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023· Isu semasa
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023· Isu semasa
Popular
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
October 3, 2023
Jumlah hasil petroleum dibayar kepada Terengganu rendah, tak sampai RM1 bilion
October 3, 2023
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
October 3, 2023
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
October 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Yasin diperintah bela diri tiga pertuduhan kes dadah
9 jam lalu · Isu semasa
Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita
18 jam lalu · Isu semasa
PAS tak fail rayuan keputusan Parlimen Kemaman, sedia hadapi PRK
18 jam lalu · Isu semasa
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
23 jam lalu · Isu semasa
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
October 2, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
4 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok