Harga cecair vape naik sehingga RM15 selepas kena cukai: Laporan

April 2, 2023 · Isu semasa

Susulan pelaksanaan cukai terhadap cecair vape, harga bahan utama rokok elektronik (e-rokok) dan vape melonjak antara RM10 hingga RM15 bergantung kepada kandungai mililiter dan saiz botol.

Dalam satu tinjauan oleh BH, seorang pemilik kedai vape di Shah Alam, Azman Wahab berkata setakat ini dia belum menerima sebarang makluman daripada pembekal cecair vape berhubung kenaikan harga.

“Namun kenaikan harga sudah dijangka dan kami anggarkan antara RM10 hingga RM15 bergantung kepada saiz botol berapa ml.

“Kenaikan biasanya akan ditentukan oleh pembekal cecair vape dan peniaga hanya mengikut harga berkenaan,” katanya.

Ditanya bagaimana maklum balas pelanggan, Azman berkata, berikutan pengumuman semalam, kebanyakan pelanggan masih tidak mengetahui mengenai kenaikan itu.

“Bagaimanapun, peniaga akan tampal notis kenaikan disebabkan cukai,” katanya yang sudah mengendalikan perniagaan itu selama empat tahun.

Bagi peniaga vape di Lembah Jaya Selatan, Muhammad Alif Iqhwan Badrul Hisham, sebotol cecair vape isipadu 30ml sebelum ini berharga RM35. Bagaimanapun, selepas dikenakan cukai, saiz yang sama berharga RM45 iaitu berlaku kenaikan RM10.

“Ini semua harga dikenakan oleh pembekal cecair vape dan peniaga harus akur serta makan untung sedikit saja,” katanya.

Menurutnya ada pelanggan sudah mengadu kenaikan harga itu terlampau tinggi dan mungkin pengguna kembali semula kepada rokok.

“Kami akan tampal notis kenaikan harga dan kemas kini di media sosial untuk makluman pelanggan,” katanya.

“Sudah pasti pihak pembekal akan menaikkan harga cecair dan peranti, jadi pemilik terpaksa menaikkan harga jualan kepada pengguna. Mungkin ada pembekal sudah mula menaikkan harga hari ini, mungkin juga ada pembekal masih ‘hold’ dulu untuk menaikkan harga,” katanya.

Mulai semalam (1 April 2023) kerajaan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk e-rokok pada kadar 40 sen setiap ml.

Pelaksanaan cukai itu diumumkan menerusi notis warta Kerajaan Persekutuan yang dikeluarkan kelmarin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Pelaksanaan cukai cecair vape menyebabkan peniaga menaikkan harga bahan utama rokok elektronik itu (e-rokok) antara RM10 hingga RM15.

Berita berkaitan
Kenaikan cukai SST akan bawa malapetaka kepada rakyat, kata Pemuda Ikatan
October 31, 2023· Isu semasa
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Mahkamah kekalkan keputusan Najib dan anak perlu bayar cukai RM1.7 bilion
October 16, 2023· Isu semasa
Cukai baharu akan menekan PKS, kumpulan dakwa kerajaan tidak berunding
October 14, 2023· Isu semasa
Popular
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Nilai ringgit dijangka terus berdepan tekanan minggu ini, kata penganalisis
May 22, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
6 minit lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok