Hampir semua anggota PDRM lengkap dua dos vaksin, kata Mazlan

September 12, 2021 · Isu semasa

Semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah terima dua dos lengkap vaksin dan sebilangan kecil sahaja yang masih menunggu tarikh temujanji, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim.

Beliau berkata setakat ini hanya sebilangan kecil warga PDRM belum menerima suntikan vaksin berkenaan disebabkan faktor kesihatan selain masih menunggu tarikh janji temu.

“Ada anggota tak mau vaksin sebab (alami) alahan dan ada masalah kesihatan yang ada laporan doktor…(dalam pengetahuan beliau) tiada anggota dan pegawai yang menolak vaksin tanpa sebab. Saya ingat semua akan ambil (vaksin), tiada masalah,” katanya lapor Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Outreach Psikologi dan Spiritual Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM kepada warga kerja serta pesara PDRM yang terlibat bencana banjir akibat fenonema kepala air di Yan pada 18 Ogos lepas.

Pada majlis itu seramai 16 penerima wakalah zakat PDRM termasuk warga kerja Ibu Pejabat Polis Daerah Yan dan pesara PDRM yang terjejas dengan bencana itu menerima zakat dengan setiap seorang memperoleh wang tunai RM1,000 bersama bekalan makanan bernilai RM100.

Sementara itu, Mazlan menasihatkan rakyat yang belum mendaftar dan menerima suntikan vaksin Covid-19 supaya berbuat demikian demi meningkatkan sistem imunisasi diri masing-masing dalam usaha melindungi diri daripada jangkitan wabak itu sekali gus memudahkan urusan seharian.

“Pada masa sama juga diperlukan (vaksin Covid-19) dalam mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang kini banyak kemudahan untuk mereka yang lengkap (suntikan) vaksin termasuk nanti untuk rentas negeri dan daerah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata PDRM akan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam negeri dalam usaha membanteras aktiviti pemujaan dan khurafat yang dikesan berlaku di kawasan Gunung Jerai.

“Pemantauan memang polis buat tetapi dari segi tindakan penguatkuasaan kena ada pengesahan daripada pihak Jabatan Agama Islam sebab di bawah mereka (penguatkuasaan), kita akan membantu dalam isu ini,” katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) Idris Ahmad meminta segala aktiviti pemujaan dan khurafat yang dikesan berlaku di kawasan itu dihentikan segera memandangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam serta boleh merosakkan akidah.

Beliau dipetik sebagai berkata kegiatan itu juga boleh mengundang bala kepada masyarakat kerana bukan sahaja pelaku akan menerima kesan malah akan melibatkan keseluruhan penduduk sekitar kawasan berkenaan.

22 Ogos lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan penduduk yang tinggal berhampiran Gunung Jerai mengharapkan segala aktiviti pemujaan dan khurafat di kawasan itu dapat dihentikan dan dibersihkan.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
4 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok