Dua maut, 51 mangsa tanah runtuh di Kuala Kubu Bharu masih hilang

December 16, 2022 · Isu semasa

Sekurang-kurangnya 51 mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali, dekat Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi (Jumaat, 16 Disember 2022), dilaporkan masih hilang.

Seramai 79 mangsa dilaporkan berada di tapak perkhemahan itu, dengan 23 daripadanya selamat, dua meninggal dunia, tiga cedera dan 51 masih tidak ditemui.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 2.24 pagi tadi yang memaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh di Father Organic Farm.

“Pasukan Bomba daripada BBP Kuala Kubu Bharu, BBP Rawang dan BBP Genting Highlands mula tiba di lokasi pada jam 3.04 pagi.

“Dilaporkan, kejadian tersebut telah berlaku di tepi jalan berhampiran Father Organic Farm dan telah menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan dengan jalan tersebut.

“Ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar 3 ekar. Maklumat dikemas kini setakat 7 pagi tadi, sejumlah 79 mangsa berada di tapak perkhemahan terbabit kejadian runtuhan, dengan 23 daripadanya selamat.

“Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan pihak bomba dibantu bersama agensi lain iaitu Persatuan Bomba Sukarela, Bomba Swasta, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan pasukan Smart,” kata JBPM dalam kenyataan di Facebook pagi ini.

Berdasarkan muat naik sama, pihak bomba memaklumkan kejadian berlaku di tepi jalan berhampiran Father’s Organic Farm dan menghempap tapak perkhemahan yang berada berdekatan jalan berkenaan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Saman lucut hak RM16 juta milik keluarga Azeez didengar 3 Januari
October 8, 2021
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
18 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
18 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok