Covid: Warga Bosnia hargai inisiatif Muhyiddin selamatkan penduduk

January 19, 2023 · Isu semasa

Malaysia yang pernah menjadi negara pertama menghulurkan bantuan kepada Bosnia Herzegovina ketika Perang Balkan, mengulangi usaha murni itu sekali lagi – kali ini ketika negara itu berdepan ancaman pandemik Covid-19.

Seorang warga Bosnia, yang banyak terlibat dalam hubungan perdagangan halal antara kedua-dua negara, Mirza Vejzagic berkata ketika pandemik memuncak, Bosnia mencatat kadar kematian paling tinggi di Eropah.

Pada ketika itu ujarnya, penduduk Bosnia benar-benar memerlukan bantuan untuk hidup.

“Seperti pada awal 1990-an ketika perang, Malaysia antara negara pertama menghulurkan bantuan kepada Bosnia, kali ini Malaysia juga menjadi pertama tetapi bantuan dalam bentuk vaksin dan bekalan perubatan.

“Insan mulia yang membuat keputusan untuk membantu rakyat Bosnia adalah Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pada saat ini saya hanya mampu memberi tunduk hormat dan setinggi-tinggi terima kasih kepada beliau,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini, lapor SatuBerita.

Hantaran itu turut disertai beberapa keping gambar Mirza mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin.

Mirza yang difahamkan berasal dari Sarajevo dan kini menyambung pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut merakamkan terima kasih kepada Datuk Marzuki Mohamad kerana menjayakan pertemuannya bersama Muhyiddin itu.

Berita berkaitan
Ronald dilantik Ketua Bersatu Sabah ganti Hajiji sokong Anwar
January 14, 2023· Politik
Bantuan banjir, kerajaan PH-BN dibidas jangan amal politik sempit: Penganalisis
January 14, 2023· Politik
Tuduhan seleweng dana, SPRM mohon bantuan pihak buat dakwaan cari bukti
December 8, 2022· Isu semasa
Tiada apa nak disorokkan, kata Tengku Zafrul
December 8, 2022· Isu semasa
Popular
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Timbalan Speaker Pahang akui telah disaman dalam gambar tular
February 7, 2023
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP, kata Pemuda PAS Pahang
10 minit lalu · Isu semasa
SPRM siasat UiTM Holdings setelah alami kerugian RM157 juta
3 jam lalu · Isu semasa
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
7 jam lalu · Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
7 jam lalu · Isu semasa
184 kes baharu, dua kematian
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok