Covid-19: Jumlah kematian semalam meningkat, kes aktif makin turun

September 25, 2021 · Isu semasa

Kematian

Seramai 250 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam semalam, naik lebih sekali ganda berbanding 116 kematian yang dilaporkan pada Khamis lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam laporan terbaharu hari ini berkata 11 negeri mencatat peningkatan kes kematian baharu dengan Selangor merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 65 kes berbanding 33 pada Khamis.

Mengikut statistik yang dikeluarkan menerusi laman web COVIDNOW, Sabah mencatat 43 kes kematian semalam, berbanding lapan kes pada Khamis; Johor (41 semalam, 0 Khamis); Sarawak (16 semalam, 14 Khamis); dan Perak (14 semalam, 6 Khamis).

Kelantan pula merekodkan 14 kematian semalam berbanding 10 kes pada Khamis; Pahang (9 semalam, 0 Khamis); Kedah (6 semalam, 1 Khamis); Terengganu (6 semalam, 0 Khamis); Negeri Sembilan (4 semalam, 0 Khamis); dan Perlis (tiga semalam, 0 Khamis).

Kes aktif

Jumlah kes Covid-19 yang masih aktif sehingga semalam semakin turun menjadi 195,837 kes, berbanding 198,284 yang direkodkan pada Khamis.

Daripada jumlah itu, sehingga semalam 163,875 pesakit menjalani kuarantin kendiri di rumah, turun berbanding 165,421 pesakit yang dicatatkan pada Khamis, manakala pesakit yang dirawat di PKRC juga turun kepada 20,786 berbanding 21,359 pesakit kelmarin,

Sementara itu, sehingga semalam juga seramai 10,121 pesakit lagi dirawat di hospital di seluruh negara, turun berbanding 10,396 pesakit pada Khamis. Jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) juga turun kepada 1,055 berbanding 1,117 pesakit yang direkodkan pada Khamis.

Seramai 595 pesakit yang dirawat di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan.

Daripada jumlah pesakit yang dirawat di hospital, 1,786 direkodkan di Johor; Selangor (1,497); Sabah (1,157); Sarawak (933); Kelantan (902); Perak (726); Pulau Pinang (626); Kedah (576); Pahang (449); Kuala Lumpur (433); Terengganu (347); Melaka (247); Negeri Sembilan (221); Perlis (161); Putrajaya (57); dan Labuan (tiga).

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) – dilancarkan pada 24 Februari 2021

Sehingga semalam sebanyak 82.5 peratus atau 19,336,889 individu dewasa sudah lengkap divaksinasi, manakala 22,599,346 individu atau 93.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19.

KKM juga memaklumkan sehingga semalam 0.8 peratus atau 25,326 remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap divaksin, manakala 22.1 peratus atau 696,285 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Secara keseluruhan sebanyak lebih 41.84 juta dos vaksin telah diberikan di seluruh negara sejak 24 Februari lalu. Semalam sahaja sebanyak 273,373 dos diberikan membabitkan 116,881 penerima dos pertama dan 156,492 lagi lengkap divaksinasi sama ada vaksin dua dos atau dos tunggal.

Mengenai jenama vaksin yang diberikan, KKM memaklumkan 47.4 peratus melibatkan vaksin jenis Pfizer, 44.4 peratus (Sinovac), 8.0 peratus (AstraZeneca), dan 0.2 peratus (Cansino).

Kadar Rt

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada 24 September 2021 untuk seluruh negara adalah 0.90.

Pahang merekodkan Rt tertinggi iaitu sebanyak 1.01, sementara negeri-negeri lain mencatat Rt antara 0.85 dan 0.99.

Data 24 September 2021.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Tiga bersaudara lemas berkelah di Sungai Lata Changkah di Setiu
June 11, 2022
Fenomena gila berbelanja beri kesan psikologi
October 25, 2021
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok