China sokong konsep Asian Monetary Fund dibawa Malaysia: PMX

September 17, 2023 · Isu semasa

China akan memberi sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata China turut menyambut baik dengan cadangan Asian Monetary Fund (AMF) sebagai pemberi pinjaman pilihan terakhir kepada rantau ini semasa krisis kewangan berlaku, lapor Bernama.

“Pemimpin China memandang tinggi dan menyokong Malaysia MADANI dan konsep AMF,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat Li Qiang hari ini.

Anwar berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini sempena lawatan kerja beliau ke bandar raya ini bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-20.

Menurut Anwar, terdapat potensi besar bagi ASEAN dan negara-negara Campur Tiga termasuk China untuk berusaha ke arah cita-cita ideal dibayangkan di bawah AMF yang pernah dicadangkan selepas Krisis Kewangan Asia.

“Mewujudkan AMF, walaupun bercita-cita tinggi, adalah usaha yang patut diteruskan untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kewangan di rantau ini,” katanya.

Sementara itu, dalam persidangan media hari ini, Anwar berkata dengan sokongan Li, syarikat- syarikat China kini lebih aktif melabur di Malaysia dengan penekanan diberikan kepada soal latihan, terutama latihan peringkat tertinggi.

Menurut Perdana Menteri, syarikat China mempunyai pandangan yang sangat baik terhadap golongan profesional, jurutera, juruteknik dan pakar teknologi maklumat (IT) Malaysia terutamanya dari segi prestasi, dedikasi dan disiplin mereka.

Namun begitu, wujudnya kekurangan yang ketara dari segi upskilling di peringkat tertinggi, tambah beliau.

“Jadi, dalam semua perbincangan dengan syarikat China seperti China Communications Construction Company (CCCC) (yang bangunkan pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Geely dan Huawei, saya tekankan syarat supaya menambahkan usaha penyelidikan di Malaysia dan latihan khas yang harus diselenggarakan untuk anak-anak Malaysia,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan Anwar dikecam selepas Zahid bebas, Ambiga kata pembaziran kerja pendakwa raya
September 4, 2023· Politik
PMX dibenar keluar HKL selepas jalani pembedahan kecil gigi
August 21, 2023· Isu semasa
PN menang besar tanda rakyat tolak BN-PH : Muhyiddin
August 13, 2023· Politik
Jangan beri BN-PH walau 1 undi : Muhyiddin
August 12, 2023· Politik
Popular
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
September 26, 2023
Mahkamah kembalikan perintah pengharaman buku Gay is Okay! A Christian Perspective”
September 25, 2023
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023
Gaduh kumpulan motosikal besar, seorang ditahan positif dadah
September 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu · Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
5 jam lalu · Isu semasa
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
6 jam lalu · Isu semasa
Kumpulan peguam persoal PH dan PMX membisu hukuman penjara Wan Ji
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
September 25, 2023
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok