Buruan polis Nicky mengaku tidak salah 26 tuduhan babit RM36 juta

April 12, 2022 · Isu semasa

Ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee mengaku tidak bersalah terhadap 26 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM36 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.

Hakim Helina Sulaiman menetapkan jaminan sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin berserta syarat melaporkan diri di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Dia adalah antara orang yang paling dicari di negara ini, di samping dalang skandal 1MDB Jho Low.

Liow menjadi buruan sejak April tahun lalu apabila dia didakwa terbabit dengan kumpulan jenayah terancang, sebelum menyerah diri di pejabat JSJK di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 pagi semalam, setelah lebih setahun menyembunyikan diri..

Nicky juga pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Jabatan Sukarelawan (Rela) yang sedang bertugas di pekarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, lima tahun lalu.

Memetik laporan media semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Jika sabit kesalahan, Nicky berdepan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan denda antara RM5 juta atau sehingga lima kali ganda jumlah terbabit.

Media sebelum ini melaporkan, dia yang juga dikenali sebagai Datuk Seri Nicky diburu selepas operasi besar-besaran dilakukan polis Johor.

Polis percaya sindiket itu terlibat dalam pelbagai jenayah terancang seperti penipuan dan pengubahan wang haram. Nicky disiasat mengikut Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan kerana aktiviti berkaitan jenayah terancang.

September tahun lalu, 14 individu termasuk dua adik kepada Nicky dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, daripada pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Nicky’.

Dua tertuduh yang merupakan adik Nicky ialah Datuk Liow Wei Kin dan Datuk Liow Wei Loon manakala tertuduh lain ialah Lee Han Keat, Eee Eng Chee, Dr. Jovian Joris Tan Chern Chian, Lee Kam Onn, Datuk Lee Kum Weng, Datuk Loo Siew Chin, Datuk Seri Andrew Lim Kim Ming dan Lim Kang Li.

Empat tertuduh yang merupakan warga China ialah Huang Lei, Gu Xing Qiong, Yujun Wang dan Jiang Xue. Kesemua tertuduh berusia awal 20-an hingga 56 tahun.

Nicky juga terkenal dalam hubungannya dengan organisasi yang diasaskan oleh bekas bos jenayah Macau, Wan Kuok-koi, juga dikenali sebagai Broken Tooth.

Liow dan ‘Broken Tooth’ sangat rapat sehingga dia dilantik sebagai Naib Pengerusi Persatuan Sejarah dan Kebudayaan Hongmen Sedunia yang diasaskan Wan selepas dibebaskan dari penjara pada 2012 dengan tujuan mempromosikan perpaduan dan pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Cina di seluruh dunia.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Kos tunai haji 2023 naik RM31,000
January 16, 2023
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok