Bajet 2023 kurangkan subsidi, harga apa akan naik pula? Hishammuddin

February 24, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang ‘dipaksa’ menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (24 Februari 2023) turut mengkritik Bajet 2023 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan itu.

Ahli Parlimen BN-Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika mengulas bajet itu mendakwa Kementerian Kewangan telah mengurangkan peruntukan untuk perbelanjaan subsidi tahun ini.

Angka itu dikatakan kurang RM6 bilion berbanding RM70 bilion seperti yang diunjurkan bekas Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, tahun lalu.

“Berhubung kait dengan kos sara hidup kalau tak salah lah, saya tengok subsidi telah pun dikurangkan daripada RM70 bilion kepada RM64 bilion.

“Seingat saya, tahun lepas RM70 bilion.

“Jadi apa yang jadi tanda-tanda sekarang (ialah) subsidi mana yang telah pun dikurangkan?

“Dan harga apa yang akan meningkat kerana kekurangan subsidi-subsidi berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan dalam Facebook beliau hari ini.

Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan kerajaan menyediakan dana RM64 bilion tahun ini dalam bentuk subsidi, bantuan serta insentif.

Menurut Anwar sejumlah besar dana itu untuk meminimum kos sara hidup melalui kawalan harga barang, bantuan kewangan, di samping bertujuan memberi perkhidmatan kepada rakyat terbanyak.

Berita berkaitan
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
5 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
5 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok