Bahasa Melayu bahasa rakyat Malaysia

April 9, 2022 · Isu semasa

Sejarah membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka, bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, China, India dan Eropah.

Ketika itu, bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa perpaduan dan bahasa komunikasi antarabangsa.

Maka itu, tidaklah menghairankan apabila sarjana Belanda Francois Valentijn mengungkapkan  bahasa Melayu pada abad ke-16 sebagai yang berikut:

“Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan saja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana saja oleh setiap orang, tidak ubah seperti bahasa Perancis atau Latin di Eropah, atau sebagai bahasa Lingua Franca di Itali dan di Levant. Sungguh luas tersebarnya bahasa Melayu itu sehingga kalau kita memahaminya tidaklah mungkin kita kehilangan jejak, kerana bahasa itu bukan saja dimengerti di Parsi bahkan lebih jauh dari negeri itu, dan di sebelah timurnya sehinggan Kepulauan Filipina.”

Demi memupuk perpaduan kaum di negara ini, maka dalam Laporan Razak 1956 dinyatakan bahawa, tujuan akhir dasar pendidikan negara ini adalah untuk menyatukan murid yang berlainan bangsa di bawah satu sistem pendidikan kebangsaan dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.

Walau bagaimanapun, kemajuan ke arah ini hendaklah dilaksanakan dengan berperingkat-peringkat dan tidak boleh dipaksa secara mendadak. Berdasarkan Laporan Razak jelas bahawa dasar pendidikan yang dilaksanakan dapat membentuk perpaduan kaum di negara ini.

Malah dalam Laporan Rahman Talib 1960, kedudukan sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan. Tujuan utama penukaran kedudukan ini adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini di samping memantapkan lagi kedudukan bahasa Melayu secara berperingkat dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Bahasa Melayu telah mengalami proses perkembangan yang begitu pesat. Sejak merdeka, bahasa Melayu telah dinaikkan martabat sebagai bahasa kebangsaan yang menggantikan bahasa Inggeris yang ketika itu menjadi bahasa rasmi tunggal negara, dan dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan dari peringkat rendah hingga ke peringkat menengah tinggi sampai ke peringkat pengajian tinggi.

Selain itu, bahasa Melayu menjadi pendukung dan berperanan sebagai bahasa perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan beragam bahasa

Dalam pada itu, Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan kerajaan akan meminda Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 bagi membolehkan DBP mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelanggaran bahasa Melayu.

Pengumuman itu diumpamakan seperti memberi harapan baharu kepada masa depan bahasa Melayu apabila tugas pe­nguatkuasaan bakal digalas oleh mereka yang lebih mahir tanpa menidakkan kuasa kerajaan.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercita-cita mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN terutamanya apabila lebih 300 juta penduduk di rantau itu menggunakannya sebagai bahasa pertuturan.

Tindakan pemimpin negara itu diharapkan bukan sahaja menjadi dorongan kepada rakyat untuk menambah baik penggunaan bahasa Melayu, malah dijadikan sebagai alat yang berfungsi untuk memperluas penggunaannya di serata dunia.

Bagaimanapun, antara per­soalan yang timbul adakah harapan Perdana Menteri untuk memperluaskan pengantarabangsaan bahasa Melayu seiring dengan tindakan yang dilakukan oleh masyarakat Malaysia.

Tanggungjawab seorang nakhoda atau pemimpin dalam meneraju sesebuah negara dianggap cukup berat, namun akan menjadi lebih ringan apabila setiap kelasi (lapisan masyarakat) berganding bahu dengan turut sama melakukan perkara yang sepatutnya.

Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Melayu, Kuliah Bahasa dan Pengurusan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kampus Pagoh, Dr. Mohamad Suhaizi Suhaimi menyifatkan bahawa pindaan akta berkenaan adalah tindakan yang sangat tepat.

“Perlu diakui bahawa sesuatu perkara sebaiknya diuruskan oleh ahlinya maka DBP adalah pihak yang mahir dalam perkara ini.

“Ini bertepatan dengan Per­kara 152 Perlembagaan Persekutuan apabila DBP ditugaskan untuk menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan di Malaysia.

“Kepentingan pindaan akta berkenaan membolehkan campur tangan DBP dalam penggunaan bahasa Melayu diperkukuhkan termasuk mengelak daripada campur tangan pihak yang tidak berkaitan sehingga timbulnya keculasan,” ujarnya.

Menurut beliau, semua warga­ Malaysia berperanan dalam memartabatkan bahasa Me­layu melalui dua cara iaitu yang pertama melalui lisan dengan ­mengakui bahawa bahasa Me­layu adalah bahasa kebangsaan atau bahasa negara tanpa me­ngira kaum.

“Yang kedua pula adalah me­lalui tindakan iaitu memper­kasa penggunaan bahasa Melayu dengan menambah ilmu mengenainya. Rakyat hendaklah tidak memperlekeh dan memper­tikai penggunaan Bahasa Melayu tetapi­ perlu menggunakannya de­ngan betul dan baik.

“Misalnya, ada sesetengah pihak cuba mempertikaikan apabila pihak DBP mengeluarkan istilah baharu seperti ‘tuna foto’. Apabila tiada ilmu, maka ada segelintir masyarakat akan mempersendakannya,” jelasnya.

Ulas beliau lagi, Malaysia merupakan satu negara yang unik kerana tidak mengetepikan penggunaan bahasa lain termasuk Mandarin, Tamil dan sebagainya, tetapi pada masa yang sama tidak menafikan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa negara.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Hutang 1MDB dicipta era Najib yang sudah dibayar sebanyak RM43.8 bilion
March 14, 2023
Pfizer: Kaedah untuk remaja 12 tahun ke atas diputuskan minggu ini
June 21, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
19 minit lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
23 jam lalu · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok