ASP ‘TikTok’ ditukar ke Johor

April 27, 2022 · Isu semasa

Seorang pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok ketika operasi di sebuah pusat hiburan, kini dipindahkan ke jabatan lain.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi pagi ini mengesahkan perkara itu dan memaklumkan ASP wanita itu akan berpindah ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, lapor Bernama.

Isnin lalu, Pengarah JSJN, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan tindakan ASP berkenaan menerusi akaun TikTok miliknya bersifat peribadi dan hanya bertujuan untuk mempromosikan akaun media sosial berkenaan.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 38 saat yang memaparkan ASP wanita memakai jaket seragam operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Asisten Superintendan menerangkan tentang sebahagian skop kerjanya menjalankan serbuan dan pemeriksaan.

PDRM sebelum ini mengeluarkan tiga arahan mengenai tatacara penggunaan media sosial iaitu pada Mei 2014, Ogos 2020 dan Februari 2021 selain tindakan sedemikian tidak dibenarkan.

Berikutan itu, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman diarah membuat siasatan secara menyeluruh berhubung kes berkenaan.

Berita berkaitan
Bukit Aman berjaya selesaikan 1,658 kes curi kenderaan
June 3, 2023· Isu semasa
Perhalusi isu kalimah Allah dengan cermat, titah Sultan Johor kepada kerajaan
May 24, 2023· Isu semasa
Tular poster penganjuran ‘Gang Bang JB Party’, pihak berkuasa digesa bertindak
May 24, 2023· Isu semasa
Seorang lelaki ditahan muat naik hantaran menghasut dalam TikTok
May 22, 2023· Isu semasa
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
4 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
24 jam lalu · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
24 jam lalu · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok