Amaran terakhir diberikan kepada pihak main isu 3R, kata PMX

July 12, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak supaya tidak mengeksploitasi isu 3R dengan menyentuh kaum, agama dan institusi diraja yang boleh memecah-belahkan negara.

Beliau berkata pemantauan tanpa berkecuali akan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Polis Diraja Malaysia, menurut laporan Bernama.

“Ini amaran terakhir daripada kerajaan sebab saya selaku Perdana Menteri tidak ada pilihan kerana desakan dalam kalangan ahli fikir dan untuk pertahankan keselamatan negara. Ini mengatasi kepentingan.

“Orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka itu terlalu tinggi dan hebat tidak mungkin terdakwa ataupun tercabar.

“Negara tidak boleh begitu, kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan pangkat, keturunan atau kekayaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini.

Anwar berkata negara tidak akan kekal stabil sekiranya perkara tersebut dibiar dilakukan oleh pihak yang terdesak dan sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk mempertahan kuasa atau mencari pengaruh baharu.

 

Berita berkaitan
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
6 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
6 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
6 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok