Ahli politik tinju muka cikgu, tak datang mahkamah

June 16, 2023 · Isu semasa

Ahli politik yang merupakan suspek kes pergaduhan gagal hadir ke prosiding Mahkamah Majistret Rompin untuk bacaan pertuduhan, hari ini.

Memetik laporan MalaysiaGazette, suspek berusia 64 tahun tidak dapat hadir dengan alasan ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun seorang lagi suspek kedua berusia 58 tahun yang juga seorang kontraktor hadir bagi mendengar pertuduhan dibacakan.

Majistret Wahidah Zainal Abidin memutuskan kedua-dua suspek dilepaskan tanpa dibebaskan.

Kes tersebut akan dibacakan di bawah Seksyen 323  bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan memperuntukkan hukuman yang  sama.

Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Pada 12 April lalu, media melaporkan insiden pergaduhan melibatkan salah faham antara beberapa orang ahli politik hingga mendatang kecederaan ringan kepada mangsa di Pekan.

Ia membabitkan bekas pemimpin kanan UMNO bahagian itu yang dipercayai menumbuk seorang individu yang juga ahli parti di sebuah restoran mamak.

Mangsa yang juga seorang guru berusia 42 tahun ditumbuk pada bahagian mulut disusuli pula pukulan di bahagian pipi oleh suspek kedua.

Berita berkaitan
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024· Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024· Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024· Isu semasa
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Luluh hati Chef Wan anak kahwin di Siam
April 10, 2021
Majlis Hari Raya dengan tarian separuh bogel, polis tahan instafamous
May 30, 2022
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
6 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok