ADUN Belantek, Mohd Isa meninggal dunia

June 15, 2023 · Isu semasa

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Datuk Mohd. Isa Shafie disahkan meninggal dunia jam 11.23 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani pada usia 69 tahun.

Awal Mei lalu, Allahyarham dilaporkan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSAH.

Khabar duka itu dimaklumkan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya, tengah malam tadi.

Menerima berita bahawa Almarhum Datuk (Ustaz Haji Mohd Isa bin Shafie) telah kembali ke rahmatullah pada jam 11.23 malam tadi di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani.

“Semoga Allah menerima segala amal jihad Almarhum dan dikumpulkan bersama para solihin. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga,” konginya tengah malam tadi melalui Facebook.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor yang juga Yang Dipertua (YDP) Pas Kawasan Sik menyifatkan allahyarham sebagai tempatnya belajarnya dan meminta nasihat.

“Beliau tempat saya belajar, bertanya pandangan, meminta dan mendengar nasihat, menimba ilmu dan petua (serta) bertanya tentang latar belakang di fulan dan si fulan yang beliau lebih kenali.

“Beliau  sering menelefon bertanya khabar dan berpesan pelbagai perkara bila lama tak dapat bersua muka. Dia sangat mengambil berat tentang keselamatan saya. Beliau adalah guru, sahabat, dan teman suka duka dalam perjuangan,” katanya.

Allahyarham Mohd. Isa merupakan bekas pegawai bomba lapangan terbang yang bertanding dan menang pertama kali sebagai ADUN Belantek pada Pilihan Raya Umum ke-10 tahun 1999.

Pada PRU-14, Allahyarham menang dalam saingan tiga penjuru menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 2,574 undi.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
ADUN Kota Seputeh terlibat kemalangan dekat Arau
December 13, 2023· Isu semasa
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Polis tahan 11 lagi saksi kes tarian separuh bogel majlis Aidilfitri
June 4, 2022
Dua loji rawatan air dihenti tugas selepas banjir di Baling
July 6, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok