Ada lima anak ke atas baharu dapat BKM ‘one-off’ RM2,500: Bajet 2023

October 7, 2022 · Isu semasa

Isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah berhak memperoleh Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sekali sahaja (one-off) sebanyak RM2,500, hanya sekiranya mereka mempunyai lima anak atau lebih.

Manakala, bagi keluarga yang mempunyai empat anak atau kurang pula, mereka akan menerima antara RM1,000 hingga RM2,000.

Bantuan itu diumumkan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menerusi pembentangan Bajet 2023 di Dewan Rakyat hari ini (7 Oktober 2022).

Dalam pembentangan itu beliau mengumumkan peruntukan berjumlah RM7.8 bilion untuk bantuan tunai terus BKM tahun depan, untuk memanfaatkan 8.7 juta rakyat Malaysia.

Bagi keluarga dalam kategori lain, mereka akan menerima antara RM500 dan RM1,250, bergantung kepada bilangan anak.

Bantuan untuk isi rumah ibu bapa tunggal juga akan ditambah, membolehkan mereka menerima sebanyak RM3,000 dalam keadaan tertentu.

Tengku Zafrul turut menambah, secara keseluruhannya, kerajaan akan memperuntukkan RM10 bilion untuk kedua-dua bantuan BKM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun depan.

Berita berkaitan
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Pencarum tak mohon suntikan RM500, mereka mohon pengeluaran KWSP bersasar: Muhyiddin
March 6, 2023· Isu semasa
Diskriminasi terhadap negeri PN amalan politik lapuk: MP Machang
March 1, 2023· Politik
PH, BN jangan balas dendam terhadap penjawat awam: Hadi Awang
February 28, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
24 jam lalu · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
15 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok