Diskriminasi terhadap negeri PN amalan politik lapuk: MP Machang

March 1, 2023 · Politik

Amalan mengetepikan layanan terhadap kerajaan negeri yang diperintah parti lain yang tidak sama dengan daripada Kerajaan Pusat adalah gaya politik lapuk, kata Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, sambil percaya rakyat tidak bodoh menilai tindakan itu.

Berbeza dengan negeri-negeri ‘Kerajaan Madani’, beliau berkata, Kerajaan Pusat boleh pula menyalurkan bantuan dan peluang untuk membangun infrastruktur masing-masing yang sekali gus membuka peluang peningkatan ekonomi.

“Kenapa ada perbezaan sebegini? Bukankah ini jelas satu percubaan menghukum dan menindas negeri-negeri yang mengundi Perikatan Nasional? Kenapa ada perbezaan darjat dari segi layanan dan tata kelola pengagihan peruntukan?

“Ini gaya politik lapuk. Rakyat tidak bodoh dalam menilai. Hentikan diskriminasi kepada negeri-negeri yang ditadbir Pembangkang.

“Benda baik untuk negeri-negeri Melayu pun cuba dipolitikkan. Jangan nafikan hak pembangunan negeri-negeri ini biarpun berbeza politik,” tegas beliau malam tadi (28 Februari 2023) sebagai mengulas salah faham kenyataan awalnya sebelum ini.

Menurutnya, dalam hantara di Facebook beliau pada 25 Februari lalu dengan tajuk ‘Negeri-negeri Melayu masih dinafikan hak untuk membangun’, beliau mempersoalkan berkenaan hak pembangunan Terengganu dan Kelantan, bukan mempersoalkan jumlah bajet yang diberikan Kerajaan Pusat kepada negeri.

Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Bersatu Malaysia berkata hak membangun yang dimaksudkannya adalah dalam kerangka memberi kebenaran dan kelulusan dalam membangunkan infrastruktur dalam kawasan jajahan tanah negeri termasuklah royalti minyak, lapangan terbang, pelabuhan dan hak-hak lainnya.

“Dalam hantaran tersebut juga, saya langsung tak sentuh isu belanjawan sepertimana kita tahu jumlah belanjawan yang diperuntukan kepada kerajaan negeri Kelantan adalah sebanyak RM351 juta, namun ini adalah ‘hak kerajaan negeri’ seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Fasal 82, 92 dan 109.

“Belanjawan kepada setiap negeri adalah suatu kewajipan yang harus diberi oleh kerajaan pusat, bukanlah sesuatu yang patut dibanggakan.

“Yang dipersoalkan kini ialah mengapa “double standard” cakap tak serupa bikin dalam soal memberi peluang dan hak untuk negeri-negeri ini membangun. Mereka ada pelan dan perancangan yang dirangka oleh kerajaan negeri untuk menambah hasil mahsul kerajaan negeri dan untuk rakyat tetapi Belanjawan 2023 ini memberi layanan yang tidak setimpal.

“(Sedangkan) Pulau Pinang (negeri PH-DAP) diberi lebih dukungan untuk membangun dan menaik taraf lapangan terbang, tetapi Kedah yang berpotensi maju lebih pesat melalui lapangan terbang antarabangsa Kulim yang dirancang dan dibina dengan dana swasta, pun disekat.

“Negeri-negeri lain kerajaan Malaysia Madani boleh pula salur peruntukan kepada kerajaan negeri masing-masing; akan tetapi untuk negeri-negeri yang rakyatnya majoriti mengundi Perikatan Nasional tidak disalurkan kepada kerajaan negeri atas alasan-alasan tidak munasabah,” katanya.

Berita berkaitan
Dewan Rakyat: Cadangan KWSP dicagar untuk buat pinjaman jadi tumpuan
March 21, 2023· Isu semasa
Indira kemuka saman 8 negeri tuntut isytihar tukar agama unilateral tak sah
March 21, 2023· Isu semasa
Anwar yakin dapat kembali sokongan orang muda hasil kerjasama dengan UMNO
March 18, 2023· Politik
Rakyat lihat lantikan Asyraf sebagai habuan politik, kata Shahril
March 14, 2023· Politik
Popular
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
March 23, 2023
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
March 22, 2023
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
March 23, 2023
Lagi Politik terkini
Puak politik liberal lindungi LGBTQ, acara songsang terbuka di Malaysia
1 jam lalu · Politik
Sekarang Anwar jadi PM, orang Melayu nak berkumpul pun tak boleh: Dr Mahathir
10 jam lalu · Politik
Kalah tiga pilihan raya, Asyraf dilantik jadi Setiausaha Agung UMNO baharu
21 jam lalu · Politik
Saya sibuk, tak sempat baca surat MUDA mohon sertai PH: Saifuddin
March 22, 2023 · Politik
Anwar beri cadangan dangkal cagar KWSP: Ketua Penerangan Bersatu
March 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok