97.5 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi

December 24, 2021 · Isu semasa

Lebih 56.5 juta dos vaksin telah diberikan sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lalu sehingga semalam, menurut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Daripada jumlah itu, 78. 3 peratus atau 25,574,462 populasi keseluruhan negara telah lengkap divaksinasi, manakala 79.5 peratus atau 25,971,365 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 16.0 peratus atau 5,226,764 individu lagi menerima suntikan dos penggalak.

Mengikut data disiarkan dalam laman sesawang Covidnow, sebanyak 97.5 peratus atau 22,831,577 populasi dewasa melengkapkan suntikan vaksin masing-masing, sementara 98.8 peratus atau 23,132,540 individu lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu sejak 8 September hingga semalam, seramai 5,581,710 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Daripada jumlah itu, sebanyak 87.1 peratus atau 2,742,885 remaja telah lengkap divaksinasi, manakala 90.1 peratus atau 2,838,825 remaja lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Seramai 308,675 atau 9.8 peratus remaja lagi belum divaksinasi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Benarkah rakyat Malaysia memilih kerja?
February 17, 2022
10 peraturan kekal terpakai dalam fasa endemik mulai 1 April
March 9, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok